2.11.2010

al-fatihah

baru - baru ni, sorang collegue aku dapat emergency call. Atuk beliau meninggal dunia. Waktu tu, Kitorang 3 orang, aku, abg azwan, n beliau terpaksa stay back sebab nak siapkan kerja. Around 11pm beliau terima panggilan kecemasan tu.


Abg azwan suruh beliau balik ke kampung halamannya, Kelantan, malam itu. Tetapi, disebabkan beliau jarang drive balik ke kampung, dan tidak berapa familiar sangat dengan jalan menuju ke Kelanatan, jadi beliau terpaksa menolak tawaran abg azwan untuk meminjamkan kereta abg azwan kepadanya.

Apa yang menyebakkan hati aku, sebelum ni, sewaktu pemergian nenek beliau, beliau tidak sempat untuk pulang ke kampungnya untuk melihat arwah buat kali terakhir. Dan, perkara sebegitu terjadi sekali lagi, dan kali ini, atuknya.

hmmm. Aku pernah melalui perkara itu sewaktu aku berada di tingkatan tiga dahulu. Jadi, aku sedikit memahami kesebakan dan kesedihan hati beliau. Aku cuba untuk mencari sesiapa yang boleh menemaninya untuk pulang ke kampung halaman beliau pada malam itu, tetapi, gagal. Terdetik dalam hati kecilku untuk menawarkan diriku untuk menemaninya pulang malam itu, tetapi, aku sendiri pun buta jalan.

Jadi, beliau membuat keputusan untuk menunggu sehingga keesokan hari dan membeli tiket bas untuk pulang.

Sekitar jam 7.50pm, keesokkan harinya, beliau menelefon aku, memberitahu bahawa beliau sudah sampai di kampung halamannya, dan mahu bersiap2 untuk membuat tahlil kepada si mati.

Amat sedih hatiku kerana, beliau kehilangan orang yang beliau sayangi, tetapi tidak sempat untuk memberi penghormatan terakhir, buat kali kedua.

Jadi, sama2 lah kita menghadiahkan al-fatihah kepada si mati. Al-fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang - orang beriman. Amin.

2.03.2010

Cara terpantas untuk menyelesaikan masalah streamyx!




Korang semua mesti semak otak kan, tengah main internet, comment2 kat facebook, main Restaurant City, tiba2, internet xde. Peh! panas je kan? Abes lari customer aku kat Restaurant City tu.

Jadi, cara seterusnya, mesti korang akan betulkan balik network cable tu, restart modem, cabut dan cucuk balik cable tepon tu. Pastu? kalau internet korang ok balik, syukran lah. :)

Tapi, kalau internet korang still kejung gak, macam mana nak buat? Mesti korang akan call streamyx hotline gak sebab nak maki2 call services dorang kan? haaa.

Tetapi. Nak tunggu dorang jawab call korang, dah berkarung2 dosa dah korang wat sebab maki timem tunggu dorang nak jawab call korang. Pastu, bila dorang jawab, korang nak kena tunggu dorang mengarut2 suruh kita betulkan cable la, padahal, kita dah wat benda tu 78 kali da pon.

hmmm. jadi, cara terpantas yang aku boleh syorkan korang la kan, teros amek kunci keta, gerak ke Telekom atau TMpoint yang terdekat.

Kenapa perlu ke tempat tu teros?

  • korang xpayah nak menunggu/ call berkali kali sebelum dorang jawab korang.
  • dorang cuak bila korang datang dengan muka marah korang, report pasal benda tu.
  • dorang mesti confirm, mmg internet rumah korang problem, sbb tu korang terpaksa susah payah pergi ke TMpoint tu.
  • korang boleh tengok muka dorang.
  • korang tau nama dorang. Kalau awek/mamat cun/kacak, boleh korang mntak no tepon skali. :)
Berkesan kah?

Kalau korang g report sendiri, benda tu akan settle lebih laju dari korang menunggu untuk dijawab, tunggu analisis dorang, pastu, tindakan dorang. kadang2, sampai 2-3 hari pon belum tentu boleh dapat.

Masa Operasi

  • Isnin - Jumaat: 8:45am - 4:30pm
  • Sabtu: 8:45am - 12:30pm (kecuali Sabtu 1st week dan 3rd week)
Jadi, renung - renungkan, dan selamat beramal. ;)

p.s: kalau korang xnak g TMpoint tu gak, korang bole call number ni, 1300 88 9515. jgn lupa save dalam phone korang tau. :)

Related Posts with Thumbnails