5.28.2009

kisah.menyayat.hati

tarikh: 28 mei 2009
masa: 1.34 pm
tempat: meja seorang pengarang bahasa german

ikhwan: "hello abg namran, asal? makan doh?"
inche namran: "wan, turun cepat!! ade eksiden kat bawah ofis wan ni!! cepat2!!"
ikhwan: "HAHHH!???!?!!! katne? xnampak pon. jap2 nak turun!" (sambil berlari turun)

TING!! (lif berbuyi dan terbuka)

inche namran: "ade budok kene langgor ngan kete depan cengkih nuu! deras2"
ikhwan: "ye dok?? wane buleh kene? Ya Allah!! Siannyaaaaaa. isk isk"

Tuupp Taappp Tappp Tap Tap Tap (langkah di atur semakin deras ke tempat kejadian)

Aku pon sampai kat tempat kejadian. Ya Allah!! kesian gila aku tengok. budak kecil, perempuan, dalam lingkungan umur, 3-4 tahun, terbujur kaku, terbaring di kaki jalan, berlumuran darah di bahagian kepala, memenuhi baju merah jambunya. Sambil, seorang perempuan cina, lingkungan umur 27 -30 tahun memeluk anak kecil itu, menangis, meratapi pemergian anaknya sambil ditenangkan oleh suaminya.

Aku mendekati lagi tempat kejadian itu, ingin melihat dan mengetahui dengan lebih dekat lagi apa sebenarnya yang telah terjadi.

perempuan A : "Ya Allah. Kesiannya.. Cmane boleh jadi camni?"
perempuan B: "Tah lah. aku dengar orang cakap, dia reverse kete dia, then, terlanggar anak dia kat blakang. isk isk"

aku beralih ke tempat yang lebih rapat lagi. raungan si ibu semakin kuat, meratap anak kecilnya yang sudah pucat, kaku terbaring itu sambil memeluk anak kecilnya seolah2 ingin meyedarkan kembali anaknya yang sedang tidur buat selama2nya itu.

aku sayu. sayu melihat keadaan mereka yang amat menyayat hati itu. terdengar lagi beberapa orang berkata di belakang.

perempuan C: "ade sape2 call ambulans belum?"
lelaki A: "dah call dah. abg bomba tu dah call kot tadi."

sejurus selepas itu, aku mengundurkan diri, berlalu dari tempat kejadian itu, dengan hati yang amat sedih dan sayu, kembali ke pejabatku untuk menyambung semula kerjaku.


tarikh: 28 mei 2009
masa: 8.35 pm
tempat: Restoran Tomyam Jees

sedang aku berborak dengan rakan serumahku, bob, mataku tertangkap sekilas gambaran di kaca tv yang tertulis "TERSILAP".

terdengar pembaca berita TV3 itu memberitakan tentang satu kejadian yang berlaku di Desa Sri Hartamas, kawasan tempat ku berkerja.

"Seorang kanak2 berusia .....(aku kurang dengar akibat bising)... meninggal dunia di tempat kejadian setelah dilanggar dengan kereta dari belakang oleh ibunya. Menurut ibunya, beliau tersilap memasukkan gear dan terlanggar anaknya yang berada di belakang kereta bersama ayahnya."
(laporan berita tu xla sebijik camni, tapi, isinya lebih kurang camni laa).


sekeping gambar, menceritakan segalanya.

5.27.2009

kisah.sedih

aku dapat satu cerita ni dari email. mungkin ada yang pernah baca da cerita ni. tapi, mungkin ada yang maseh belom. aku cuma nak share la cerita ni. buat pedoman kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata, atau pon bercita2 untuk mempunyai anak nanti. aku sedih sangat bila baa cerita ni. jadi, layankannn~~ zaasssss~~


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh... cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.


Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedih.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


renung2kan, dan selamat beramal~~ ;)

5.26.2009

kisah.titik.peluh~

huwarghhh!!~~~ sonoknya tido~ jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 7.25pm. lama betol aku tido~ kenapa aku tido lama sgt?


hurmm. smlm, adalah kemuncak untuk aku menyiapkan kerja aku, menambah dan mengubahsuai sebuah laman web hartanah, www.hartanah.net. hohoho~ setelah berhempas pulas dari awal tahun ni, sampai la semalam, aku dan abg azwan, tuan punya laman web tu (yang kini diambil alih oleh techsense web services) berjaya jugak menyiapkan rancangan2 yang telah dirancang untuk menaiktaraf laman web itu mengikut piawaian "web 2.0".

Walaupun masih di peringkat permulaan dalam proses membaikpulih, aku rasa puas hati dan bangga sangat, sebab, inilah laman web pertama yang aku berjaya siapkan ( siap lama dah, cuma yang ni, upgrade proses saja). Layout interface baru untuk hartanah.net tu, setelah berkali2 dibincangkan, akhirnya, berubah jugak. Dan, proses pengubahan interface baru tu, kebanyakkannya dijayakan oleh aku. Abg azwan banyak membaik pulih dan menambah features2 baru yang aku tidak mampu buat (gila ah skill programming dia. salute abes). Aku rasa bangga sangat2 ni sebab, tu la website pertama yang gunakan design yang aku wat sendiri (layout sebelum ni pun aku buat, cuma still dalam beta mode).

Semalam, eh jap, pagi tadi, kol 5 lebih, aku dengan abg azwan, di ofis techsense solution (HQ), telah melancarkan hartanah.net yang telah bersalin baju itu. wah!! bangganya aku. setelah berkali2 mengetest fungsi2 itu semula, jam 7 pagi, aku n abg azwan pulang ke rumah. hehe. sebab tu yang aku baru bangon kol 7.25pm td.~

screenshot of the new interface



hehe~ so, kawan2, pendapat anda tentang baju baru hartanah.net ?

5.24.2009

kisah.santai

suara~ dengarkanlah aku~ apa kabarnya, pujaan hatiku~~~


tengah dok layan lagu dalam blog aku, dendangan hijau daun yang bertajuk suara (kuberharap), aku membelek2 gambar2 yang telah di snap oleh paan, housemate aku yang agak gemar mengambil gambar menggunakan kamera kesayangannya iaitu NIKON D40 yang telah mempunyai set lens yang baru minggu lepas. tengah dok belek2 tu, aku jumpak 1 pic yang amat menarik perhatian serta jiwa raga aku yang sedang kosong sekarang ni (sila rujuk posting sebelum ni).

aku pon, apa lagi! teros bukak game yang aku slalu main time keja tu la, Adobe Photoshop CS3. huahuahua~ gambar yang telah di snap itu, sudah cantek, tetapi, dengan sedikit sentuhan yang aku letakkan, terhasillah gambar yang aku rasa, aku suka tengok~ huhu~ tapi, aku xtau la korg suka ke x~ yang penting, aku suka tgk gambar tu. (syok sendiri sket!) So, see it for urself!~ ;)


komen la sket~ so, xd la aku syok sendiri sangat! huahuahuahua!~ ;)

kisah.kosong



jiwa aku kosong. hati aku kosong. diri aku kosong. kenapakah aku menjadi begini? adakah aku ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang gelap dan kosong?

semakin hari, aku terasa jiwa aku semakin kosong. segala apa yang berada di sekelilingku bagaikan ghaib satu per satu bagi diriku. mengapakah aku mempunyai perasaan begini? adakah ia adalah sesuatu perasaan yang menyeronokkan? adakah ia menyakitkan? apakah yang aku rasakan sekarang? kosong. aku bagaikan kehilangan sesuatu perasaan yang amat bernilai bagi diriku. apakah perasaan itu? aku x tahu. aku x pasti. aku buntu. mata hati ku tidak mampu mencari jalan penyelesaian yang jiwaku inginkan. Mengapakah ianya berlaku pada aku? kenapa aku menjadi sebegini kosong.

hidupku bagaikan diselubungi oleh kegelapan. kegelapan yang tiada kesudahan. mengapa? kenapa? bagaimana? bagaimanakah dapat aku hapuskan perasaan yang menghantui diriku ini? aku sendiri tidak pasti. adakah ia bagus untuk diriku? atau hanya memakan diri dan jiwaku saban hari?

Bagaimanakah perasaan ini wujud dalam hatiku? kenapa hatiku memberontak mencari jawapan bagi persoalan jiwaku ini? adakah kerana keadaaan persekitaran aku? apakah aku tidak mampu memuaskan hati mereka yang sentiasa berada di sekelilingku? apakah kewujudan aku sebenarnya? aku sendiri masih tertanya2 akan jawapan yang sebenarnya.

aku masih lagi kosong. hatiku, jiwaku, mindaku, tubuhku. kosong. dimanakah diriku yang sebenarnya? aku....hilang.

5.16.2009

kisah.bicara

*Bahasa Inggeris
*Bahasa Malaysia

Alesana - Apology
Alesana - Kemaafan

Sweat drips in my eyes
Peluh masuk ke dalam mataku
screams of lust we cry
jeritan nafsu kita tangiskan
tonight you are everything
malam ini kaulah segalanya
you're everything...
kaulah segalanya...
you're everything to me
kaulah segalanya untukku

no more as I wake
tiada lagi apabila aku bangun
from this perfect dream
dari mimpi yang sempurna ini
I'll escape from Eden's walls
akanku keluar dari dinding syurga
can I not stay and live this lie?
bolehkah aku tidak tinggal dan meneruskan pembohongan ini?
for I must think only of myself
kerana aku hanya perlu memikirkan akan diriku

And to think that you will not be scared
Dan untuk berfikir yang kau tidak akan pernah takut
or surprised I'd severed all these ties
atau terkejut yang aku akan merana dengan ikatan ini
this is the end...
sinilah penamatnya...

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

I feel so numb to see this bitter end...
aku merasa begitu kebas untuk melihat penamat pahit ini...
(it has come to this...) end of beautiful illusions
(ia telah menjadi begini...) tamatlah ilusi indah ini
(broken pieces) will not mend (...one last kiss) to save our past now...
(kepingan yang pecah) tak akan pulih (...satu ciuman terakhir) untuk menyelamatkan masa silam kita sekarang...

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau
one last false apology,
kemaafan palsu yang terakhir,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

Now we must let go..
Sekarang kita mesti pergi..
urgency overwhelms me as I must restrain my flood of tears
kepentingan menghantui diriku apabila aku terpaksa menahan banjir air mataku
I refuse to be slave to your false beauty again
aku enggan menjadi hamba kepada kecantikan palsumu lagi

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau
one last false apology,
kemaafan palsu yang terakhir,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

In my mind blood drips from your eyes
Dalam mindaku darah menitik dari matamu
a beautiful last goodbye
selamat tinggal cantik yang terakhir


5.12.2009

kisah.hidup

kenapakah kita perlu hidup?
apakah tujuan sebenar kita hidup di dunia?
adakah kita mencapai matlamat sebenar hidup kita?


hmm. soalan2 ni, aku selalu tujukan kat diri aku sendiri. apa matlamat aku sebenarnya? adakah aku mempunyai sesuatu yang amat aku inginkan kat dunia ni? bagaimanakah cara untuk aku capai matlamat aku? adakah aku benar2 mempunyai matlamat yang betul2 aku ingin capai?

Kadang2, aku terfikir, aku hidup ni, adakah sekadar menjadi seorang pewaris zuriat kepada orang tua ku? mengapakah aku perlu belajar untuk berjalan sendiri, berlari sendiri, mengayuh basikal, menunggang motorsikal, memandu kereta...dan, apa lagi seterusnya? mengapakah aku perlu belajar mengenal A,B,C sewaktu di sekolah rendah? mengapakah aku perlu menduduki peperiksaan yang sama diambil oleh semua pelajar2 SPM? mengapakah aku perlu melanjutkan pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi? A lot of wise men told us, knowledge is the greatest weapon in life. apa maksud orang bijaksana itu?

Adakah semua yang telah aku lalui dalam hidup aku ni, menjadi contoh teladan untuk diriku dalam mengharungi kehidupan mendatang? atau hanya sekadar menjadi asam garam kehidupan? adakah semua yang aku tempuhi sebelum ni, akan membentuk satu matlamat untuk hidupku? mengapakah kedua2 orang tuaku meletakkan harapan yang tinggi agar aku berjaya dalam hidupku? atau, itu telah menjadi adat kita, apabila kita mempunyai anak, kita perlu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak2 kita?

Bergunakah aku? bermatlamatkah aku? adakah aku dibenci? adakah aku disukai?

Kadang2 aku terfikir, adakah aku dibenci oleh orang2 di sekelilingku? tetapi, mindaku, benakku, dengan pantas memberi jawapan, mungkin tidak. tetapi, adakah itu hanyalah untuk menyedapkan hatiku? ataupun, ia memberikan jawapan itu berdasarkan pengalaman hidupku selama ini? aku tak tahu. tiada jawapan yang boleh memuaskan hatiku. Terkadang aku terfikir, apakah sebenarnya yang aku inginkan? adakah kereta mewah? rumah sebesar istana? isteri yang cantik? pulau yang terpencil? dunia untuk diriku sendiri agar aku dapat hidup tenang dan selesa di sana?

Apakah yang aku perlu lakukan untuk aku mencapai semua itu? adakah aku memerlukan semua itu? apakah sebenarnya perkara yang boleh mencetuskan mindaku untuk menuju ke arah yang aku mahukan? Kemudian, fikiranku akan kembali ke soalan pertama. apa yang aku mahukan sebenarnya?

Aku masih lagi mencari diriku. aku bukan Tuhan yang dapat melaksanakan apa sahaja yang aku mahukan. aku bukan seorang ahli psikologi yang dapat membaca isi hati orang2 sekelilingku. aku bukan kucing yang kelihatan gembira apabila dibelai2 oleh tuannya. aku bukan seketul batu yang hanya duduk menanti kiamat. Siapakah diriku yang sebenarnya? aku masih mencari2 jawapan itu.

aku hanyalah sepasang kasut.

;)

5.08.2009

kisah.musik

Setelah berhempas pulasan semalaman, akhirnya aku berjaya menyiapkan design utk crew tee gig yang aku uwar2 kan seblom ni. hohoho~ untuk gig tu, iaitu, gig "senandung musika sa-malaya II" yang akan diadakan di Heaven Studio, Pandan Indah, KL pada 13hb Jun 2009. hohoho~ So, any comment ikhlas dari kawan2 aku?

flyers utk gig itu



model yang telah bergambar bersama aku semalam dengan memakai baju itu


Gig ini ditaja oleh "komunitikami.com". Sebarang maklumat lanjut, sila layari website mereka ya~ So, kepada kawan2 aku, anda mahu join? kalau korang nak tau lebih lanjut pasal gig ni, masok la blog suarasirenia.

majulah musik malaya untuk negara!~

5.07.2009

kisah.bosan. lagi?

pada tanggal tujuh haribulan mei dua ribu sembilan, jam empat empat puluh tiga minit petang, aku dengan berbesar hatinya ingin mengepostkan di sini bahawa





"AKU BOSAAAAAAAAANNNNNN!!!".




sekian. ;)

kisah.bosan

haih. hari ni, aku amat bosan berada di ofis. hanya aku, n 2 lagi girls collegues. Kerja xla banyak sangat, tapi, disebabkan oleh habitat semula jadi aku yang amaaaaaaaaaaatttttttt "rajin", aku rajinkan diri aku untuk tidak membuat kerja lagi.

Seraya dengan itu, aku mula membuat design untuk crew shirt gig abg shaf (collegues from HQ). Tengah buat design tu, dapat email from boss aku. yeah. dapat kerja baru. Jadi aku tangguhkan la hasrat aku untuk mendesign shirt tu dan terus menjadi komited terhadap kerjaya aku~ hoho.

Tengah wat, aku bosan balik~~ aish2~

jadi aku pergi ke whiteboard dalam ofis aku, capai sekuntum marker pen berwarna biru, dan mula melakar hasil karyaku di situ~

lihatlah dunia!~ hasil ku yang amat memberangsangkan hati ku!~ ah! "a day to remember"


time kecik2, sonok dok main kan? da besar, kena kerja la, kena itu, kena ini, semakin kita tua, semakin besar tanggungjawab kita. kan? siapa setuju, angkat jari kaki kiri!~~ hohohoho! ;)

5.06.2009

kisah.gempar!


adush!

aku sebenarnya malas nak cerita pasal benda ni. tapi, disebabkan da semak otak sangat, aku cerita gak la. baru2 ni, aku dapat sorg kawan yang sealiran aku, bidang mengarang bahasa "german" yang xramai paham. Mula2 kenal, ok la. aku tgk mamat ni, dalam ati aku cakap, "macam nerd je budak ni. mesti terer gila karang bahasa german ni." So, ok la. layan. borak punya borak punya borak, baru aku tau yang dia ni, agak poyo la sket kan. walaupun aku ingat aku da poyo akibat kecomelan diriku, tapi, dia lagi poyo dari aku. tapi, dia xpoyo comel cam aku la. dia ni, senang cakap, semua yang orang wat, dia bole wat belaka.

adeh. penat2. So, untuk tidak menunjukkan yang aku ni agak tidak menyukai dia, aku pon wat2 la layan gak (mak aku pesan, xsuka macam mana pon kat orang tu, jangan tunjuk kita xsuka kat dia. xbaek. dosa). Haaaaa. baek kan aku? hoho~. ok2. sambung balik. So, sepanjang aku kenal dia ni, banyak la dia borak pasal kehebatan beliau yang konon2nya banyak experience la pasal semua bab.

[Masok part terbaek dari ladang nih]
Then, dia ada la cerita kat aku. dia penah join M.L.M tu. skim cepat kaya la senang korg tangkap. hehe. Katanya lagi, dia join baru 2 minggu, da dapat untung beribu-ribu lemon. Then, dia ajak la kawan2 dia join. Janji manis ah dia tu. ayat punya ayat, ramai la join. So, dorg percaya kat dia, bagi la duit kat dia. Then, Katanya, company tu bankrap. So, duit kawan2 dia burn! adeh~ banyak beb! isk isk. Then, katanya kepadaku yang pada firasatku ini, dia hanyalah mahu menutup kesalahan dia, dia janji kat kawan2 dia nak bayar balik la duit dorg. Konon2nya mulia la kan.

Tetapi, baru2 ni gak, kawan2 dia yang telah ditipu duit mereka itu, datang ke ofis, mencari beliau. haih~ sampai ke ofis bawak masalah personal, susah ah kan. orang lain mau kerja maaa~ hehe~ Mula2, dorg selo talk. Sbb tu aku xdgr. Then, next weeknya, kawan dia datang lagi. Kali ni dia tiada di ofis. Kerana, diberitakan olehnya, dia demam. So, aku la kena menjawab kat kawan dia tu. Pastu, "kawan baru" aku ni, xdatang2 ofis da dan straight tiga hari jugak la kawan dia datang ofis cari dia. Jangan kata batang idong, collar baju pon tiada. So, akhirnya, kawan dia tu ajak la aku selo talk. Kawan dia mintak tolong aku roger dia kalau2 "kawan baru" aku ni datang ofis. Then, dia cakap la, "kawan baru" aku ni tipu tu la, pinjam duit along la, ayat manis la, segala2nya la.

hurmmm. sian aku. tiba2 termasok campor dalam pergolakan rumah tangga antara kawan baru aku dan kawan ditipunya. haih. Bos aku cakap dah. Dia xdatang lagi, dia akan kuarkan ayat famous donald trump la, "You're Fired!". Tapi, jauh di benak ati aku, aku wisau agak lah. Sebabnya, Laptop company tu, still ada kat dia. Kang dia xdatang kang, rugi sebjik lagi laptop company aku (sayang gak aku kat company aku nih! mwahahaha). Bukan apa, aku wisau sebab aku yang bagi dia guna laptop tu. Tapi xpa, dia ada sign agreement. So, kalau dia xbagi, REPORT POLIS LA BAI!! hehehe.

So, agak2 korang, apa akan jadi kat dia nanti? hehe. renung2kan, dan selamat beramal.

5.05.2009

cerita.baru.bermula



Salam sejahtera encek2, cek2, tuan2, puan2, kawan2, rakan2, sahabat2, musuh2 aku sekalian~

Sebenarnya, blog ni xwujud pon. Tapi, atas desakan kawan2 aku, dan pengkritik2 blog terdahulu aku ni, aku wat la jugak blog ni. Semua cakap, "Ko wat la blog ko tu, cerita pasal diri ko ke, aktiviti ko ke, letak benda2 lawak ke, apa ke. Ok la gak. takde la bosan sangat org nk masok kan" dan macam2 lagi cadangan yang lain.

So, setelah aku timbang2 ikan dua kelo dalam otak aku ni, aku pon decide la untuk wat 1 lagi blog, pasal idea2 kawan2 aku supaya blog aku xla terlampau teknikal & formal sangat. So, wujud la blog nih~

hehe. So, kepada mereka2 yang banyak memberi ilham kepada aku, tentiu banyak2 ya! dan jangan la lupa masok blog aku kerap2~ hehehe~

sekian, laporan dari bernama.

Related Posts with Thumbnails