12.20.2009

Secebis kata sang hati


Hidup,
Terkadang, ku terasa ingin keluar dari jasad ini,
Terbang keluar mencari maksud hidup ini,
Terbang merentasi fatamorgana duniawi ini,
Terbang melihat kehidupan dari mata sang penari langit,
Mengintai kehidupan manusia yang penuh suka duka.

Jiwaku,
Terkadang ia bagaikan berhenti menjana hatiku,
Meronta ronta mencari sekelumit jawapan,
Jawapan kepada soalan yang tiada punca asalnya.

Terkadang ku ingin, keluar dari dunia ini,
Keluar mencari ketenangan abadi,
Keluar mencari sekeping jawapan buat santapan jiwa kosongku.

Oh sang burung, oh sang bulan, oh sang bintang,
Bagaimanakah kehidupanku dari matamu?

:)

12.09.2009

The Somatic Defilement

a poet wrote by an idol of mine. mr whitechapel. :)

just to share with u guys. enjoy~ ;)

Captivating with sadistic intentions to exalt the carrion
Holding onto faith like it would help me anyway
Up on my feet, vehemence takes over as I pave the way to anatomical feasts
Severing the ties I once endured to understand why it is that I crave the dead
Going by my knowledge of popular culture
I find a sense in malpracticing the common ways
Wallowing in claret, I long for such salvation
For when I'm through, I shall wear your pride upon my lips
Songs of the dead will eternally be chanted
Before sepulture, I must purloin the genitalia
I must find pleasure when you're gone
An injection of sodium thiopental applied
Your eyes are getting heavy now, I smell your fear
Delusions and paranoia are setting in
Control in my hands, I now shall purge
With the saw I maim, by the saw I live
Inhaling fumes of the putrid festered funk
As I drain the throbbing cysts from the gangrenous vagina
The mordant reek is overtaking every inhalation
The nausea is overwhelming, I stop to heave
Brought forth are my confessions to the dead
As the lies coincide with vitriolic clues
We all will spread disease
We're all deceased
Carved in your face, the sacrilegious rites
These words bring truth to what was foretold
Corpses and bile will reconcile
The rumors of this forensic plague
By these words I am one with the dead
And with this I've claimed the one which I'm wed
Until death do us part, we'll rot hand in hand



:)

11.23.2009

Twitter Search Explanation

Hye. mungkin ramai yang dah selalu dengar twitter ni, tapi still kurang paham, apa kegunaan sebenar dia kan.

ramai gak kawan2 aku yang aku dah tanya, "korang ada twitter x?". ramai cakap ada, tapi, cakap, xreti apa kegunaan dia.

So, kat sini, aku nk bgtau sket la pasal benda tu. tapi, bukan aku akan terangkan, ok. hoho~

aku jemput orang yang dah wat penerangan, which is commoncraft.com tu kat sini. So, mari belajar sama2 ya~ ;)





So, ready to utilize the power of twitter, my friend? :)

11.15.2009

kisah.penat~

hey~

kamu2 di luar sana. aku sangat penat bulan ni.kerna? kerna meeting yang senantiasa perlu dihadiri dari hari isnin 2 minggu lepas, sampai last jumaat. sebab meeting? untuk jomgig.com yang mungkin akan berubah wajah baru dan coverage yang lebih luas. tidak tertumpu kepada gig sahaja. mungkin akan lebih kepada network yang meluas dan connection between bands and fans akan diluaskan lagi sayapnya kepada segala possible entity yang terlibat dalam dunia muzik sekarang.

hmm. jadi, kepada kawan2 yang banyak ajak kuar lepak, aku mintak maap sangat2 la sebab terpaksa menolak jemputan anda. budak2 umah aku pon, aku macam jarang jumpa sebab balik lewat.

So, maaf lah kepada sesiapa yang berkenaan. Semalam baru aku bole kuar lepak sekejap. aku n bob, ke equine park. lepak wit caki, amir n jiji. tu pon sekejap je sebab bob ada hal kat keramat, so, aku terpaksa bergerak awal sedikit. Sorry la palie sebab xsempat nak lepak ngn ko. hoho. sape suh ko sebok donlod je. mwahaha. lain kali lah aku tengok kete ekzos empat tu ek~ :)

maybe, pasni, aku akan coba untuk luangkan masa dengan kawan2 lebih lagi kot. n btw, aku da tgk cerita 2012. best weh~ g ah tgk. CGI dia bapak gempak siot. insaf sekejap ah aku.

hoho~
takecare my friend~ ;)

10.26.2009

Jomgig.com staff meeting


Shaf is showing an example of his ideas.

kisah.misteri~

huit.huit~



kan baru2 ni semua oranng mcm tertanya2 pasal fenomena everyoneconnects.net tu kan? yg kuar lagu through my window, tp xtau sape yg nyanyi tu kan. even though it is obviously bunkface punya lagu. hehe~ actually, aku suka lagu tu. Tp, yang menarik pasal fenomena tu, dia punya marketing plot ah kan. kasik a mysterious envelope kat smua stesen radio, with a word of "Open for Collaboration". dalam tu, juz ada 1 CD yang ada 1 lagu "through my window".

N then, kecoh2 kat twitter lak, berkenaan dgn site dorg, everyoneconnects.net tu. Then, lepas dorg da officially umumkan pasal bnda tu, 1 lg bnda yg menarik bg aku. dorang wat banner concert. pergh! xterpikir aku nk wat camtu. mmg unik ah. kat sini aku post ah 1 banner concert bunkface tu. BTW, site tu, actually a marketing plot from TM which, dorg nak wat 1 lg site untuk Malaysia Indie Music Lover, i think. hehe. So, layan kan~ ;)









hehe. so, menarik kan? video tu? kalau korang nak tgk, bole la ke official site dorang, www.everyoneconnects.net. :)

10.21.2009

kisah.wo0t.w0ot~

w0ot.wo0t~


hehey~

kepada mereka yang terperasan akan kehadiran blog aku nih, (haha, bunyi cam sunyi siot).

di sini ada satu pengumuman gumbira (buat aku je lah kot, korang nak tumpang, silakan. ).

eh? lama siot tak wat pengumuman~ dulu zaman kolej dulu, tu lah kerja aku. sikit2 wat pengumuman~ haish~

hmm~ back to the main topic~ asal aku wo0t w0ot?

haha~

actually, baru - baru ni, aku ada register 1 domain baru, bersempenakan nama aku. sebab? takut nanti ada orang register domain as nama aku lak~ maklumla kan~ nama commercial~
mwahahahaha~

ok2. cut the krap~ domain baru ni, www.mohamadikhwan.com namanya~ hehe~ betul kan? sempena nama aku~ weeee~ :)

jadi, plan aku untuk domain baru aku ni, tidak dirancangkan dengan begitu teliti lagi. sebab? aku.sibuk.sekian.

tapi, perancangan secara kasarnya, aku ingat nak wat portfolio untuk diri aku, dan sedikit ruangan untuk aku berkongsi maklumat, informasi, pengetahuan, karya, hasil kerja keras aku dan sebagainya di situ. mungkin sesetengah tu, boleh di muat turunkan (cewah. berbahasa ibunda pekat aku ini.).

sebab boleh muat turun? ramai kawan2 aku, suh aku wat blog or website yang boleh dorang download resource2 yang berguna untuk dorg. So, aku fikir, boleh gak ah. since aku ni memang terkenal dengan kebaik hatian dan kehenseman aku ni kan~ who0psy~ :)

jadi. korang2 di luar sana tu, layarilah www.mohamadikhwan.com ya~

p/s : skrang ni, website tu still under construction. so, sabar menanti ya~
p/p/s: selalu2 la usha2 perkembangan baru ya. if korang masuk, xnmpk apa2 lagi yg berubah, ingat2 kan aku la ek~

p/p/p/s : aku agak sibuk kebelakangan ini dan minggu2 seterusnya. jadi, website tu mungkin akan di update secara perlahan2. so, u will see just a minor changes of the interface bit by bit~

thanks!
;)

dari bilik berkaca papan,
leychay a.k.a mohamad ikhwan yang kacak~ ;)

10.15.2009

kisah.tema

ubah tema lagi blog aku.

hmm.
tapi, still kena touch up lagi.
aish.
malehnya nak update blog nih.

kisah.emmmmmmmmm~

ish. sejuk lak econ ofis ni.cam ngantok je aku.hmmmmmmm.tata~ :)

10.01.2009

kisah.bicara.dalam.pejabat~

hmm. aku nak tujukan sebuah lagu yang agak aku menyukai untuk didengarilah dengan rakan2 taulan aku inih. lagu inih sesuai lah kepada sesiapa yang percintaan mereka tidak berapa mendapat kerestuan oleh ibu bapa mertua mereka, atau lebih sepesifiknya, ibu mertua mereka lah. jadi, layankan ya~ ;)







Lagu : Mamamu benci aku
Artis : SkudapSkudip

tak ku sangka..
tak ku duga…

begini akhirnya cerita kita..
hancur musnah..segala-galanya..
bila impian ku..tak terlaksana…

jalan yg kita jalani,
jalan yg kita harungi,
akhirnya berhenti sampai disini..
walau pahit,walau perit,
terpaksa ku tempuhi,
kerna diriku tak mampu bertahan lagi…

telah puasku mencuba,
dan telah ku berusaha,
namun jawapan tetap sama..
aku bingung,jadi bengong,tak dapat ku bendung..
jujur aku tak mau selindung,
masih hati mama mu….

c/o
mama mu benci aku tak restu,
bila aku dan kamu..
mama mu benci aku biar tak restu
biarlah aku yg berlalu…
(2x)

aku sedari..aku mengerti..
siapalah diriku ini..
ku bukan lawyer,ku bukan doktor,
menjual suara hanya dgn bernyanyi…

mama mu benci aku tak restu,
bila aku dan kamu..
mama mu benci aku tak restu
biarlar aku yg berlalu…
(2x)
mama mu benci aku…uuuu….
mama muuu…..ku sayang anak muu………

9.15.2009

kisah.blog

"KALAU SAYA TAK BLOG, SAYA MICRO BLOG."

hmmm. kadang2, banyak kali da ati aku cakap, aku nak tulis blog ah arini. tp, xsempat2 gak. maklumlah. keja private. xd la sebok smp xtido berhari2 kan, tp, sebok aku ni, bole thn gak ah smp, nak hangout ngn kwn2 pon jarang, nak kuar pon jarang.

yelah. nak kuar, time weekend, tp, badan letih sbb keja time weekdays kan. So, nak kuar pon jadi malas. aku prefer rest kat umah je. sory la kawan2 yg ajak kuar, tp aku tolak tu. maap banyok2 deh.

hmm. dah2. lari dari topik asal. actually, aku nak kasitau kat korang la. alkisah disebabkan aku ni jarang amat tulis blog, xbermakna aku xd update lgsg utk korg. bak kata cekgu internet aku, ahmad azwan, seperti quote kat ats tu la "kalau saya tak blog, saya micro blog". So, kawan2, kalau korg termasuk la blog aku, dan, aram xd update pon, korg try g tgk kat section burung belaanku tu lah ye~

mungkin aku ada update benda2 baru utk dikongsi bersama korang.

n, btw, kalau korang sendiri ada account twitter , add la aku, or, kalau korang xnak add, tinggal la comment kat sini, supaya aku bole add korang~ ;) apa2 pon, stay in touch~ ye dok? ;)

account twitter aku : twitter.com/leychay

8.22.2009

kisah.percutianku.part.one

weeee!!!~

lama suda x update blog. kat sini aku nk story mory sket la kat kawang2 aku smua nih. semuanya bermula pada pagi 12th July 2009 jam 0430 a.m, aku beserta judin, farhan, inchre namran dan inche shuff. kitorg g lepak kat LCCT. *apa kejadahnya kau g lepak sana nyoi* . haaaa! jap la nk citer ni. *opss!*

lepak2 usha awek2~

On 12th July, 2009, jam 0705 a.m, aku, bersama rakan2 ofis techsenseku, bertolak daripada LCCT ke Lapangan terbang Phuket, Thailand. Buat apa? BERCUTI la kwn!!~ *larikss* (ala2 penulisan imah fm)

seblom naek flight, kena pose la dulu bang~
*penerbangan ditaja oleh airasia.com*

Flight mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Time kitowunk smp kat sana tu, teros badan kena scan. *matila mak* . yelah kan. kang jpgi ada orang bawak shotgun ke, pisau seposen ke, mana leh kan. So, pas badan smua da kena scan, kitowunk pon gerak la nk cari van utk ke hotel kitowunk.

OPSS. aku lupa nak bgtau.
*haaaa* tema percutian kitorg kali ni, FREE and EASY. kalau nak tau lebih lanjut apa tu free and easy, sila hubungi saya secara email di ikhwan [at] techsense [dot] com [dot] my atau langgan newsletter saya. *oppss! terlebih sudaaa* .

mencari2 van untuk disewa

Ok2. sambung balik. hotel kitorg kat Bangla Road, Patong Beach, Phuket, Thailand. inche pratt a.k.a the van driver kata, dari airport ke hotel Millennium kitorg tu, amek masa 45 minit. *adeh nyoi~ keras bontot mak taw* .

pintu gerbang tertulis
"Selamat datang ke Phuket Tuan Ikhwan yang Cantik!"


nama dia inche pratt [bukan nama sebenar]

Sampai kat hotel, teros check-in. *konon2nya*. sekali xbole check-in lg daaa. kitorg smp awal sgt kat hotel tu. So, kitorg pon lepak2 la dulu sambil2 usha kawasan sekeliling. *mana awek2 siam ni?*

borak + gelak + cicah sambal belacan

Namanya Nong. Farhan jatuh cinta padanya.

Pas tunggu punya tunggu, akhirnya kitorg dapat gak masok bilik kitorg untuk melepaskan batok di tangga~EKS! melepaskan lelah. penat weh! *ilang sakit bontot mak*

aku curi gambar ni kat cctv hotel tu. sowwweeee~~~

tidoq, mandi, pakai baju, kami pon kuar blk. jalan2 saja. g mkn. kalau korg nk g sana nnt, jangan lupa cuba TOM YUNG KUNG untuk merasai nikmat sebenar tomyam. haaa *haaa~ da macam maria tunku sabri plak mak nih* SEDAP WEH! terai la. lepas makan, kitorg jalan2 lagi sekitar bangla road tu. pergh. geram tgk baju2, barang2, awek2, smua cantek2~ hish~ *mati la mak*

pusing2 sekitar bangla road.

pas jalan area kedai2, kitowunk g la kat pantai lak. Patong Beach! fuh. cantek pantainya. orang di pantai pon cantek2 gak. *seksi lagi dari mak taw. geram mak* .

berjalan2 melihat alam

jalan punya jalan punya jalan. Din ajak aku naek jetski. woah! ayoh2. tapi aku takot. tapi naek gak. apa ada hal. belasah sudaaa. haha. So, kami pon, menyewa lah tempat untuk melandingkan bontot dulu sebelom meyewa jetski untuk dinaiki. sewa untuk kerusi, *kitowunk wat ala2 beach boys gitu. ah!* cuma 80baht, bersamaan dengan rm8 *estimation*.

oh tidak! mak hawt tak? puhlizz!

Ayuh2! naek jetski! tapi, image time kitorg naek jetski xd la sbb smua naek, so takde sapa nk tolong snap picture. maaflah peminat2ku. tapi, picture jetski yang aku naek tu, ada. ;)

oit! tgk jetski. jangan tengok tempat lain!

hmmm. pas penat main air pantai tu, kitowunk yg vogue de vast ni bersantai lah bersama mat2 dan minat2 salleh yang lain di pantai. *kau ingat kau tu mat salleh ke nyah nak sunbathing* . Sekitar jam 1730 p.m, kitowunk pon terasa bahang yang membakar kulit kitowunk yang licin bak kulit buaya ni, kitowunk pon bergegas untuk pulang ke hotel pulak lah. yelah. mata dah puas meliar, balik hotel, kasik bersih lah kan. malam kang sambong lg. hoho. *mati la mak kena pukul satgik* .

Haih. penat da ni mengarang. nanti aku sambong lagi la ek dalam posting seterusnya. tunggu tau. amenda lak yang kitowunk wat time malam tu, and hari2 seterusnya~

SALAM HORMAT DARI BILIK BERITA TV3. WASALAM.

7.27.2009

kisah.personaliti~

Aku ada amek personality test yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi bersama~ ;)

Result is: Aku lebih kepada Phlegmatic ~

Apa itu Phlegmatic, sama2 kita hayati penerangannya di bawah~ ;)

Your result for The Which Ancient Temperment Dominates Me Test...

You scored:
15 % Choleric
40 % Melancholic
65 % Phlegmatic
29 % Sanguine




Sanguine indicates the personality of an individual with the temperament of blood, the season of spring (wet and hot), and the classical element of air. A person who is sanguine is generally arrogant, cocky, indulgent, and confident. He/She can be day-dreamy and off-task to the point of not accomplishing anything and can be impulsive, possibly acting on whims in an unpredictable fashion. This also describes the manic phase of a bipolar disorder. Also, the humour of Sanguine is usually treated with leeches.

Choleric corresponds to the fluid of yellow bile, the season of summer (dry and hot), and the element of fire. A person who is choleric is a doer and a leader. They have a lot of ambition, energy, and passion, and try to instill it in others. They can dominate people of other temperaments, especially phlegmatic types. Many great charismatic military and political figures were cholerics. On the negative side, they are easily angered or bad-tempered. In folk medicine, a baby referred to as having "colic" is one who cries frequently and seems to be constantly angry. This is an adaptation of "choleric," although no twentieth/twenty-first century scholar or doctor of medicine would attribute the condition to bile. Similarly, a person described as "bilious" is mean-spirited, suspicious, and angry. This, again, is an adaptation of the old humour theory "choleric."

Melancholic is the personality of an individual characterized by black bile; hence a person who was a thoughtful ponderer had a melancholic disposition. Often very kind and considerate, melancholics can be highly creative - as in poetry and art - but also can become overly pre-occupied with the tragedy and cruelty in the world, thus becoming depressed. The temperament is associated with the season of autumn (dry and cold) and the element earth. A melancholy is also often a perfectionist, being very particular about what they want and how they want it in some cases. This often results in being unsatisfied with one's own artistic or creative works and always pointing out to themselves what could and should be improved. There is no bodily fluid corresponding to black bile; the medulla of the adrenal glands, which decomposes very rapidly after death, can be associated with it.

Phlegmatic people are calm and unemotional. Phlegmatic means "pertaining to phlegm", corresponds to the season of winter (wet and cold), and connotes the element of water. While phlegmatics are generally self-content and kind, their shy personality can often inhibit enthusiasm in others and make themselves lazy and resistant to change. They are very consistent, relaxed, rational, curious, and observant, making them good administrators and diplomats. Like the sanguine personality, the phlegmatic has many friends. However the phlegmatic is more reliable and compassionate; these characteristics typically make the phlegmatic a more dependable friend.

The following table describes a more modern interpretation of the personality types

























Here are some links if you are interested in learning more about the temperments:

http://en.wikipedia.org/wiki/Humorism

http://en.wikipedia.org/wiki/Four_Temperaments


Take The Which Ancient Temperment Dominates Me Test
at HelloQuizzy

7.19.2009

kisah.sepi~


fuh!~


suda lama agak aku menyepi dalam penaipan blog aku ini~ maaplah kawan2, sbb lama xupdate~ aku agak sebok kebelakangan ini~ atas dasar kerja~ maap ya~ :)

hmm. ketika aku sebok sejak dua menjak ini, banyak benda yang terlintas di benakku ini, dan, bukan sahaja ia terlintas, malah, ia berlegar2 di ruang mindaku ini. tatkala kita sebok dibuai oleh kebendaan dunia yang hanyalah sementara ini, banyak benda yang mungkin kita terlepas pandang. Dan, kadang2, benda yang kita terlepas pandang itu, berada hanya di sebelah kita, menyepi, sunyi, tanpa sebarang kesedaran oleh hati kecil kita ini yang semakin tenggelam dalam arus dunia yang semakin maju, dan beredar dengan begitu cepat. Apakah ianya hanyalah ilusi hati, ataupun kesedaran diri yang begitu kecil terbina dalam jiwa raga kita yang kian berkecamuk dengan pelbagai ragam dan karenah manusia di sekeliling kita? hmmm. Tepuk dada, tanyala selera.

Mungkin korang semua tertanya2, amendelah yang aku mencarut2 ni. hmm.... aku pun xtau nak jawab mcm mana. semua ini, hanyalah luahan hati kerdilku, yang ingin menyampaikan sesuatu, yang aku sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.

Begitu banyak yang telah berlaku di sekeliling ku sepanjang penyepian aku dalam blog ni. berbagai perkara terjadi, yang aku sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berkait dengan diri aku. mungkin ini satu petunjuk dari Yang Maha Esa, agar aku jadikannya teladan hidup, dan bersyukur dengan apa yang diberikanNya kepada hambanya yang kerdil ini.

Aku bersyukur. bersyukur atas segala kesihatan, kebahagiaan, dan kehidupan yang diAnugerahkan olehNya. Manusia. Lumrah Manusia. tidak pernah bersyukur dengan apa yang dianugerahkan olehnya. Bak kata Karam Singh Walia, "Suda bagi betis, nak peha". begitulah yang terjadi kepada semua orang. Tidak terkecuali kepada diriku sendiri. Sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi, aku sedar. semua ini hanyalah sementara. Aku bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang. Walaupun aku tidak hidup semewah yang aku inginkan, tidak mempunyai apa yang orang lain ada, tetapi, aku dianugerahkan mereka2 yang setia kepadaku. Aku amat bersyukur atas kurniaan yang tidak ternilai harganya.

Terima Kasih kawan2ku. Walaupun mata tidak bertemu, jasad berada di mana2 sahaja, namun kalian tetap berada di hatiku~ Tidak sekalipun aku akan melupai kalian2 yang telah banyak memberi dorongan dan pedoman dalam aku menempuhi ranjau kehidupan yang sentiasa penuh dengan cabang duri~

Sekian, wa caya sama lu~ :)

6.03.2009

kisah.gumbira!!!!!~


Pagi ini, tepat jam
9.50 a.m, seorang penghantar bungkusan dari abc express, datang~


haaaaaa~ tau apa yang dia bawak? hohohohohohohohoho~~

bungkusan itu dihantar atas nama aku oleh seorang yang aku hormati di kolej aku~ Cik Isalinda~~ ;)

hoho~ apakah isi kandungannya itu? DIPLOMA AKU!!~~ setelah sekian lama menunggu, akhirnya, aku dapat gak diploma aku~

mwahahahaha~

sneak preview utk diploma itu

so, sesiapa yang rasa diploma dia, ada kat aku, meh la amek~~~ huhuhuhuhu~ ;)

berikut adalah senarai penerima diploma yang sampai di tangan aku

Mohamad Ikhwan Abdullah
Aizuddin Che Alias
Aiman Marzuqi Mokhtar
Liyana Anith Md Halim
Mimi Nor Wahidah Malek
Khairul Anuar Saadon
Mohd Azizi Hamzah (if xdapat lagi, claim kat zira)
Mohd Faizal @ M.Najib Khazali
Mohd Farwalis Bakri
Mohd Syazali Ramley
Nik Abdullah Din Muhamad @ Mahmood
Noor Azira Abdullah
Nor Hayati Said
Nor Shazana Ahmad Nasir
Noraini Mohd Ali @ Awi
Nurfazira Idris
Nurazlin Ismail
Nur Syahadah Mohd Salleh
Syarzalina Abd Wahab Shaarani
Syafawati Ahmad
Solehah Amir
Siti Zaharah Abdul Aziz
Siti Aishah Isnin
Ridzuan Wahab
Wan Faizin Wan Ismail
Wan Mohd Zulhairi Wan Ismail
Wan Nor Ain Wan Aziz
Nur Husnina Ahmad Naim
Nur Fatimah Shafian
Nur Gadisa Ab Rahman

* nama yang telah dipotong telah menerima diploma mereka

Sesiapa yang tiada namanya di dalam senarai, jangan gusar~~ diploma anda ada di kolej~
jadi, harap maklum~ aku orang 1st dapat weh!!!~ huhu~~

5.28.2009

kisah.menyayat.hati

tarikh: 28 mei 2009
masa: 1.34 pm
tempat: meja seorang pengarang bahasa german

ikhwan: "hello abg namran, asal? makan doh?"
inche namran: "wan, turun cepat!! ade eksiden kat bawah ofis wan ni!! cepat2!!"
ikhwan: "HAHHH!???!?!!! katne? xnampak pon. jap2 nak turun!" (sambil berlari turun)

TING!! (lif berbuyi dan terbuka)

inche namran: "ade budok kene langgor ngan kete depan cengkih nuu! deras2"
ikhwan: "ye dok?? wane buleh kene? Ya Allah!! Siannyaaaaaa. isk isk"

Tuupp Taappp Tappp Tap Tap Tap (langkah di atur semakin deras ke tempat kejadian)

Aku pon sampai kat tempat kejadian. Ya Allah!! kesian gila aku tengok. budak kecil, perempuan, dalam lingkungan umur, 3-4 tahun, terbujur kaku, terbaring di kaki jalan, berlumuran darah di bahagian kepala, memenuhi baju merah jambunya. Sambil, seorang perempuan cina, lingkungan umur 27 -30 tahun memeluk anak kecil itu, menangis, meratapi pemergian anaknya sambil ditenangkan oleh suaminya.

Aku mendekati lagi tempat kejadian itu, ingin melihat dan mengetahui dengan lebih dekat lagi apa sebenarnya yang telah terjadi.

perempuan A : "Ya Allah. Kesiannya.. Cmane boleh jadi camni?"
perempuan B: "Tah lah. aku dengar orang cakap, dia reverse kete dia, then, terlanggar anak dia kat blakang. isk isk"

aku beralih ke tempat yang lebih rapat lagi. raungan si ibu semakin kuat, meratap anak kecilnya yang sudah pucat, kaku terbaring itu sambil memeluk anak kecilnya seolah2 ingin meyedarkan kembali anaknya yang sedang tidur buat selama2nya itu.

aku sayu. sayu melihat keadaan mereka yang amat menyayat hati itu. terdengar lagi beberapa orang berkata di belakang.

perempuan C: "ade sape2 call ambulans belum?"
lelaki A: "dah call dah. abg bomba tu dah call kot tadi."

sejurus selepas itu, aku mengundurkan diri, berlalu dari tempat kejadian itu, dengan hati yang amat sedih dan sayu, kembali ke pejabatku untuk menyambung semula kerjaku.


tarikh: 28 mei 2009
masa: 8.35 pm
tempat: Restoran Tomyam Jees

sedang aku berborak dengan rakan serumahku, bob, mataku tertangkap sekilas gambaran di kaca tv yang tertulis "TERSILAP".

terdengar pembaca berita TV3 itu memberitakan tentang satu kejadian yang berlaku di Desa Sri Hartamas, kawasan tempat ku berkerja.

"Seorang kanak2 berusia .....(aku kurang dengar akibat bising)... meninggal dunia di tempat kejadian setelah dilanggar dengan kereta dari belakang oleh ibunya. Menurut ibunya, beliau tersilap memasukkan gear dan terlanggar anaknya yang berada di belakang kereta bersama ayahnya."
(laporan berita tu xla sebijik camni, tapi, isinya lebih kurang camni laa).


sekeping gambar, menceritakan segalanya.

5.27.2009

kisah.sedih

aku dapat satu cerita ni dari email. mungkin ada yang pernah baca da cerita ni. tapi, mungkin ada yang maseh belom. aku cuma nak share la cerita ni. buat pedoman kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata, atau pon bercita2 untuk mempunyai anak nanti. aku sedih sangat bila baa cerita ni. jadi, layankannn~~ zaasssss~~


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh... cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.


Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedih.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


renung2kan, dan selamat beramal~~ ;)

5.26.2009

kisah.titik.peluh~

huwarghhh!!~~~ sonoknya tido~ jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 7.25pm. lama betol aku tido~ kenapa aku tido lama sgt?


hurmm. smlm, adalah kemuncak untuk aku menyiapkan kerja aku, menambah dan mengubahsuai sebuah laman web hartanah, www.hartanah.net. hohoho~ setelah berhempas pulas dari awal tahun ni, sampai la semalam, aku dan abg azwan, tuan punya laman web tu (yang kini diambil alih oleh techsense web services) berjaya jugak menyiapkan rancangan2 yang telah dirancang untuk menaiktaraf laman web itu mengikut piawaian "web 2.0".

Walaupun masih di peringkat permulaan dalam proses membaikpulih, aku rasa puas hati dan bangga sangat, sebab, inilah laman web pertama yang aku berjaya siapkan ( siap lama dah, cuma yang ni, upgrade proses saja). Layout interface baru untuk hartanah.net tu, setelah berkali2 dibincangkan, akhirnya, berubah jugak. Dan, proses pengubahan interface baru tu, kebanyakkannya dijayakan oleh aku. Abg azwan banyak membaik pulih dan menambah features2 baru yang aku tidak mampu buat (gila ah skill programming dia. salute abes). Aku rasa bangga sangat2 ni sebab, tu la website pertama yang gunakan design yang aku wat sendiri (layout sebelum ni pun aku buat, cuma still dalam beta mode).

Semalam, eh jap, pagi tadi, kol 5 lebih, aku dengan abg azwan, di ofis techsense solution (HQ), telah melancarkan hartanah.net yang telah bersalin baju itu. wah!! bangganya aku. setelah berkali2 mengetest fungsi2 itu semula, jam 7 pagi, aku n abg azwan pulang ke rumah. hehe. sebab tu yang aku baru bangon kol 7.25pm td.~

screenshot of the new interface



hehe~ so, kawan2, pendapat anda tentang baju baru hartanah.net ?

5.24.2009

kisah.santai

suara~ dengarkanlah aku~ apa kabarnya, pujaan hatiku~~~


tengah dok layan lagu dalam blog aku, dendangan hijau daun yang bertajuk suara (kuberharap), aku membelek2 gambar2 yang telah di snap oleh paan, housemate aku yang agak gemar mengambil gambar menggunakan kamera kesayangannya iaitu NIKON D40 yang telah mempunyai set lens yang baru minggu lepas. tengah dok belek2 tu, aku jumpak 1 pic yang amat menarik perhatian serta jiwa raga aku yang sedang kosong sekarang ni (sila rujuk posting sebelum ni).

aku pon, apa lagi! teros bukak game yang aku slalu main time keja tu la, Adobe Photoshop CS3. huahuahua~ gambar yang telah di snap itu, sudah cantek, tetapi, dengan sedikit sentuhan yang aku letakkan, terhasillah gambar yang aku rasa, aku suka tengok~ huhu~ tapi, aku xtau la korg suka ke x~ yang penting, aku suka tgk gambar tu. (syok sendiri sket!) So, see it for urself!~ ;)


komen la sket~ so, xd la aku syok sendiri sangat! huahuahuahua!~ ;)

kisah.kosong



jiwa aku kosong. hati aku kosong. diri aku kosong. kenapakah aku menjadi begini? adakah aku ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang gelap dan kosong?

semakin hari, aku terasa jiwa aku semakin kosong. segala apa yang berada di sekelilingku bagaikan ghaib satu per satu bagi diriku. mengapakah aku mempunyai perasaan begini? adakah ia adalah sesuatu perasaan yang menyeronokkan? adakah ia menyakitkan? apakah yang aku rasakan sekarang? kosong. aku bagaikan kehilangan sesuatu perasaan yang amat bernilai bagi diriku. apakah perasaan itu? aku x tahu. aku x pasti. aku buntu. mata hati ku tidak mampu mencari jalan penyelesaian yang jiwaku inginkan. Mengapakah ianya berlaku pada aku? kenapa aku menjadi sebegini kosong.

hidupku bagaikan diselubungi oleh kegelapan. kegelapan yang tiada kesudahan. mengapa? kenapa? bagaimana? bagaimanakah dapat aku hapuskan perasaan yang menghantui diriku ini? aku sendiri tidak pasti. adakah ia bagus untuk diriku? atau hanya memakan diri dan jiwaku saban hari?

Bagaimanakah perasaan ini wujud dalam hatiku? kenapa hatiku memberontak mencari jawapan bagi persoalan jiwaku ini? adakah kerana keadaaan persekitaran aku? apakah aku tidak mampu memuaskan hati mereka yang sentiasa berada di sekelilingku? apakah kewujudan aku sebenarnya? aku sendiri masih tertanya2 akan jawapan yang sebenarnya.

aku masih lagi kosong. hatiku, jiwaku, mindaku, tubuhku. kosong. dimanakah diriku yang sebenarnya? aku....hilang.

5.16.2009

kisah.bicara

*Bahasa Inggeris
*Bahasa Malaysia

Alesana - Apology
Alesana - Kemaafan

Sweat drips in my eyes
Peluh masuk ke dalam mataku
screams of lust we cry
jeritan nafsu kita tangiskan
tonight you are everything
malam ini kaulah segalanya
you're everything...
kaulah segalanya...
you're everything to me
kaulah segalanya untukku

no more as I wake
tiada lagi apabila aku bangun
from this perfect dream
dari mimpi yang sempurna ini
I'll escape from Eden's walls
akanku keluar dari dinding syurga
can I not stay and live this lie?
bolehkah aku tidak tinggal dan meneruskan pembohongan ini?
for I must think only of myself
kerana aku hanya perlu memikirkan akan diriku

And to think that you will not be scared
Dan untuk berfikir yang kau tidak akan pernah takut
or surprised I'd severed all these ties
atau terkejut yang aku akan merana dengan ikatan ini
this is the end...
sinilah penamatnya...

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

I feel so numb to see this bitter end...
aku merasa begitu kebas untuk melihat penamat pahit ini...
(it has come to this...) end of beautiful illusions
(ia telah menjadi begini...) tamatlah ilusi indah ini
(broken pieces) will not mend (...one last kiss) to save our past now...
(kepingan yang pecah) tak akan pulih (...satu ciuman terakhir) untuk menyelamatkan masa silam kita sekarang...

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau
one last false apology,
kemaafan palsu yang terakhir,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

Now we must let go..
Sekarang kita mesti pergi..
urgency overwhelms me as I must restrain my flood of tears
kepentingan menghantui diriku apabila aku terpaksa menahan banjir air mataku
I refuse to be slave to your false beauty again
aku enggan menjadi hamba kepada kecantikan palsumu lagi

I'll lose myself in anguish for tonight,
aku akan menghilangkan diriku di dalam keperitan malam ini,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau
one last false apology,
kemaafan palsu yang terakhir,
help me get over you
tolong aku naik ke atas kau

In my mind blood drips from your eyes
Dalam mindaku darah menitik dari matamu
a beautiful last goodbye
selamat tinggal cantik yang terakhir


5.12.2009

kisah.hidup

kenapakah kita perlu hidup?
apakah tujuan sebenar kita hidup di dunia?
adakah kita mencapai matlamat sebenar hidup kita?


hmm. soalan2 ni, aku selalu tujukan kat diri aku sendiri. apa matlamat aku sebenarnya? adakah aku mempunyai sesuatu yang amat aku inginkan kat dunia ni? bagaimanakah cara untuk aku capai matlamat aku? adakah aku benar2 mempunyai matlamat yang betul2 aku ingin capai?

Kadang2, aku terfikir, aku hidup ni, adakah sekadar menjadi seorang pewaris zuriat kepada orang tua ku? mengapakah aku perlu belajar untuk berjalan sendiri, berlari sendiri, mengayuh basikal, menunggang motorsikal, memandu kereta...dan, apa lagi seterusnya? mengapakah aku perlu belajar mengenal A,B,C sewaktu di sekolah rendah? mengapakah aku perlu menduduki peperiksaan yang sama diambil oleh semua pelajar2 SPM? mengapakah aku perlu melanjutkan pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi? A lot of wise men told us, knowledge is the greatest weapon in life. apa maksud orang bijaksana itu?

Adakah semua yang telah aku lalui dalam hidup aku ni, menjadi contoh teladan untuk diriku dalam mengharungi kehidupan mendatang? atau hanya sekadar menjadi asam garam kehidupan? adakah semua yang aku tempuhi sebelum ni, akan membentuk satu matlamat untuk hidupku? mengapakah kedua2 orang tuaku meletakkan harapan yang tinggi agar aku berjaya dalam hidupku? atau, itu telah menjadi adat kita, apabila kita mempunyai anak, kita perlu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak2 kita?

Bergunakah aku? bermatlamatkah aku? adakah aku dibenci? adakah aku disukai?

Kadang2 aku terfikir, adakah aku dibenci oleh orang2 di sekelilingku? tetapi, mindaku, benakku, dengan pantas memberi jawapan, mungkin tidak. tetapi, adakah itu hanyalah untuk menyedapkan hatiku? ataupun, ia memberikan jawapan itu berdasarkan pengalaman hidupku selama ini? aku tak tahu. tiada jawapan yang boleh memuaskan hatiku. Terkadang aku terfikir, apakah sebenarnya yang aku inginkan? adakah kereta mewah? rumah sebesar istana? isteri yang cantik? pulau yang terpencil? dunia untuk diriku sendiri agar aku dapat hidup tenang dan selesa di sana?

Apakah yang aku perlu lakukan untuk aku mencapai semua itu? adakah aku memerlukan semua itu? apakah sebenarnya perkara yang boleh mencetuskan mindaku untuk menuju ke arah yang aku mahukan? Kemudian, fikiranku akan kembali ke soalan pertama. apa yang aku mahukan sebenarnya?

Aku masih lagi mencari diriku. aku bukan Tuhan yang dapat melaksanakan apa sahaja yang aku mahukan. aku bukan seorang ahli psikologi yang dapat membaca isi hati orang2 sekelilingku. aku bukan kucing yang kelihatan gembira apabila dibelai2 oleh tuannya. aku bukan seketul batu yang hanya duduk menanti kiamat. Siapakah diriku yang sebenarnya? aku masih mencari2 jawapan itu.

aku hanyalah sepasang kasut.

;)

5.08.2009

kisah.musik

Setelah berhempas pulasan semalaman, akhirnya aku berjaya menyiapkan design utk crew tee gig yang aku uwar2 kan seblom ni. hohoho~ untuk gig tu, iaitu, gig "senandung musika sa-malaya II" yang akan diadakan di Heaven Studio, Pandan Indah, KL pada 13hb Jun 2009. hohoho~ So, any comment ikhlas dari kawan2 aku?

flyers utk gig itu



model yang telah bergambar bersama aku semalam dengan memakai baju itu


Gig ini ditaja oleh "komunitikami.com". Sebarang maklumat lanjut, sila layari website mereka ya~ So, kepada kawan2 aku, anda mahu join? kalau korang nak tau lebih lanjut pasal gig ni, masok la blog suarasirenia.

majulah musik malaya untuk negara!~

5.07.2009

kisah.bosan. lagi?

pada tanggal tujuh haribulan mei dua ribu sembilan, jam empat empat puluh tiga minit petang, aku dengan berbesar hatinya ingin mengepostkan di sini bahawa





"AKU BOSAAAAAAAAANNNNNN!!!".




sekian. ;)

kisah.bosan

haih. hari ni, aku amat bosan berada di ofis. hanya aku, n 2 lagi girls collegues. Kerja xla banyak sangat, tapi, disebabkan oleh habitat semula jadi aku yang amaaaaaaaaaaatttttttt "rajin", aku rajinkan diri aku untuk tidak membuat kerja lagi.

Seraya dengan itu, aku mula membuat design untuk crew shirt gig abg shaf (collegues from HQ). Tengah buat design tu, dapat email from boss aku. yeah. dapat kerja baru. Jadi aku tangguhkan la hasrat aku untuk mendesign shirt tu dan terus menjadi komited terhadap kerjaya aku~ hoho.

Tengah wat, aku bosan balik~~ aish2~

jadi aku pergi ke whiteboard dalam ofis aku, capai sekuntum marker pen berwarna biru, dan mula melakar hasil karyaku di situ~

lihatlah dunia!~ hasil ku yang amat memberangsangkan hati ku!~ ah! "a day to remember"


time kecik2, sonok dok main kan? da besar, kena kerja la, kena itu, kena ini, semakin kita tua, semakin besar tanggungjawab kita. kan? siapa setuju, angkat jari kaki kiri!~~ hohohoho! ;)

Related Posts with Thumbnails