5.06.2010

secebis kata

Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.

Kini, pertunjukan itu telah berakhir dan aku terpaksa menyembunyikan apa yang telah terjadi kepada diriku,
Aku hanya mampu berharap yang aku akan berhenti ketawa!
Aku tersengih kerana jenaka yang mereka buat kali ini
Mereka tidak tahu.

Ketenangan menelanku.

(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Ku pejam mataku, dan sekali lagi keseronokan menjerut leherku
Air mata manis, kesakitan dan fantasi mengalir dari mataku
Oh, visi di dalam mindaku
Kekosongan jiwa akan menghantuimu

(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Kewarasan mula tergelincir dari tanganku
Aku berdiri di hujung sudut yang dilarang
Oh, kekesalan yang kurasakan
Adakah ia bermakna aku seorang pembunuh?

Aku bagaikan malaikat maut berdiri di belakangmu
Namun kau lupa nafas dinginku dihembus di lehermu
Adakah ia begitu senang?
Adakah aku terlalu bagus begini?
Akulah orang yang terpilih
Akulah penamat segalanya dan kini kau milikku!

Ketenangan menelanku.

Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.

Sekiranya kau benar dan mimpi ngeri ini berakhir, dan kita terjaga dari tidur sebelah menyebelah
Adakah kau rasa aku akan membenarkan kau hidup?
Aku benar - benar gila.

Lihatlah, aku adalah kehendak sang Malaikat Maut!
Pintalah belas kasihan sang malaikatmu itu!

Setelah kelegaan menyuci jiwaku, Ketenangan menelanku.

5.05.2010

serabut.sedih.


bangun pagi tadi, aku rasa semak sangat otak ni. rasa sedih.serabut. tapi, aku tak pasti sebab apa. mungkin sebab lately, macam - macam kot yang terjadi kat diri aku. nak berubah jadi raksasa planet pluto.dalam proses transformasi.

*sigh*

entahlah. aku sendiri tak paham. hati kurang tenteram. otak berserabut. mood? hmmph. tolak tepi lah. mungkin hati aku sedih. sedih sebab rasa macam kehilangan sesuatu. tapi. mungkin ada hikmah. mungkin tak. entahlah. mungkin salah aku. tak pernah nak mencuba untuk memperbaiki apa yang aku miliki selama ni. aku cuma mampu memiliki. tetapi, tak pandai menjaga.kot?

*sigh* *sigh*

sejak dua tiga hari ni aku sangat kuat menyedut nikotin tak guna tu. judin ada menegur mulut aku sentiasa berasap dengan asap maut itu. "Smoking is a sign of weakness". kata - kata seorang CEO syarikat Advertising yang agak terkenal di Madison Avenue, dalam sebuah siri Drama "Mad Men" yang aku dipinjamkan oleh boss aku untuk aku belajar bagaimana cara untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. kot? hmm. mungkin sebab aku terpengaruh dengan cerita itu yang selang 30 saat akan terlihat orang merokok di dalam drama itu, tak kira lelaki atau perempuan. mungkin sebab otak aku lemah, dan perlu bantuan sokongan dari nikotin celaka itu.

*urgh!*

mulut cakap nak berhenti merokok, tapi, diri ini tidak kuat untuk menolak ajakan syaitan untuk menyedut pelbagai cecair kimia terkandung dalam sebatang balutan tembakau kering itu. tidak kuat. bererti lemah. hmm. aku lemah. mungkin. lemah untuk menerima sesuatu yang bukan seperti apa yang aku harapkan. hidup ni kena sentiasa berlandaskan realiti beb. jangan asyik bergelumang dengan rakan - rakan fantasi yang sentiasa mengajak aku ke dunia imiginasiku.
stop!

aku cuba untuk melakukan yang terbaik untuk diriku, dan orang di sekelilingku. tapi, mungkin aku tidak cukup bagus. mungkin aku lemah. entahlah. minggu ini berlalu begitu lambat bagi diriku. keinginan untuk menyiapkan kerja, kosong. aku minta maaf rakan sekerjaku yang lain. mungkin aku perlu berehat untuk seketika. tetapi, jika aku fikirkan dari satu sudut yang lain, bercuti untuk sementara hanya boleh dikatakan sebagai mencari alasan singkat untuk lari dari kenyataan. ada benarnya untuk bercuti. rehatkan minda. agar jelas berfikir kelak.

*ah*

aku nak balik kampung jugak minggu ni. tenangkan minda. rindu kampung halaman. hadiahkan adik perempuan kecilku topi santa claus yang beliau minta akibat terpengaruh dengan cerita - cerita kartun krismas tahun lepas. Kali terakhir aku pulang ke kampung, adalah ketika cuti raya aidil adha tahun lepas. itu pun aku tak pasti, aku balik atau tidak. aku kena balik kampung.

siapa - siapa nak ikut? mungkin boleh dijamu oleh ibu kesayangan ku akan kerabu epal ciptaan beliau. jom? :)

Related Posts with Thumbnails