2.11.2010

al-fatihah

baru - baru ni, sorang collegue aku dapat emergency call. Atuk beliau meninggal dunia. Waktu tu, Kitorang 3 orang, aku, abg azwan, n beliau terpaksa stay back sebab nak siapkan kerja. Around 11pm beliau terima panggilan kecemasan tu.


Abg azwan suruh beliau balik ke kampung halamannya, Kelantan, malam itu. Tetapi, disebabkan beliau jarang drive balik ke kampung, dan tidak berapa familiar sangat dengan jalan menuju ke Kelanatan, jadi beliau terpaksa menolak tawaran abg azwan untuk meminjamkan kereta abg azwan kepadanya.

Apa yang menyebakkan hati aku, sebelum ni, sewaktu pemergian nenek beliau, beliau tidak sempat untuk pulang ke kampungnya untuk melihat arwah buat kali terakhir. Dan, perkara sebegitu terjadi sekali lagi, dan kali ini, atuknya.

hmmm. Aku pernah melalui perkara itu sewaktu aku berada di tingkatan tiga dahulu. Jadi, aku sedikit memahami kesebakan dan kesedihan hati beliau. Aku cuba untuk mencari sesiapa yang boleh menemaninya untuk pulang ke kampung halaman beliau pada malam itu, tetapi, gagal. Terdetik dalam hati kecilku untuk menawarkan diriku untuk menemaninya pulang malam itu, tetapi, aku sendiri pun buta jalan.

Jadi, beliau membuat keputusan untuk menunggu sehingga keesokan hari dan membeli tiket bas untuk pulang.

Sekitar jam 7.50pm, keesokkan harinya, beliau menelefon aku, memberitahu bahawa beliau sudah sampai di kampung halamannya, dan mahu bersiap2 untuk membuat tahlil kepada si mati.

Amat sedih hatiku kerana, beliau kehilangan orang yang beliau sayangi, tetapi tidak sempat untuk memberi penghormatan terakhir, buat kali kedua.

Jadi, sama2 lah kita menghadiahkan al-fatihah kepada si mati. Al-fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang - orang beriman. Amin.

2 kritikan membina:

farwalis said...

alfatihah. amin. semoga dicucuri rahmat.

leychaysuxx said...

amin

Related Posts with Thumbnails