Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

10.09.2013

kembali menulis semula...entah sampai bila

Assalamualaikum. dan selamat sejahtera kepada pelawat bukan Islam.

Fuh. sudah hampir tiga tahun blog ini menyepi. diam seribu bahasa. tiada khabar berita. tiga tahun. pelbagai perkara telah berlalu. pelbagai kisah sudah tercatat di dalam diari hidup aku.

Kisah perit, suka, duka, manis, pahit terlakar, hari demi hari, berlalu, membina sebuah kitab pengalaman hidup. Pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman memberi kita pengajaran, agar kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan hari mendatang.

Tiga tahun. walaupun tempoh tiga tahun itu agak lama, tetapi, ianya berlalu bagaikan sekelip mata. Aku yang sekarang, bukan lagi seperti aku yang tiga tahun dahulu. Sudah banyak perubahan berlaku terhadap diriku, dan sekelilingku. err.. perut aku masih sama seperti tigan tahun lepas. tetap tidak kehadapan seperti kebanyakan rakan rakan sebayaku yang lain.

Aku sudah berumah tangga. Alhamdullillah. dikurniakan seorang cahaya mata. perempuan. Nur Damia Humayraa binti Mohamad Ikhwan. binti Mohamad Ikhwan. bagai mimpi. sudah wujud seorang hamba Allah, yang mudah mudahan membesar menjadi seorang wanita solehah, dan taat, berbintikan diriku. InsyaAllah. aku dan isteriku, yang saban hari cuba mencurahkan kasih sayang kami kepadanya, akan sedaya upaya kami untuk membimbingnya sebaik mungkin, minima kekhilafan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Aku gembira dengan perjalanan hidupku. walaupun berbatu, bersimpang siur, dan berlopak lopak, tetapi, itu semua ragam kehidupan. Entiti yang mewarnai kanvas putih dengan warna dan corak. walaupun ada sekelumit kejadian yang tidak diingini berlaku, tetapi, aku akur. Mungkin itu ketentuan-Nya.

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. perkara yang lepas, usah dikenang. perkara yang lepas, jadikan pengajaran. perkara yang lepas, buat tatapan generasi mendatang. Apa yang penting, sentiasa bergerak ke hadapan, menyusun strategi untuk mencorak hari hari esok dengan penuh warna kegembiraan, dan keharmonian, selagi boleh. selagi hayat dikandung badan.

Mengatur langkah ke hadapan, aku memohon seribu kemaafan atas segala kesilapan, kekhilafan yang tidak disengajakan. Semoga kita sama sama dapat menempuh hari yang cemerlang, yang tiba di setiap saat kita bernafas.

Wasalam.

8.26.2010

the boat


A boat.
Stranded in the middle of a huge and vast ocean. Struck by the mighty waves and drifted by the soaring wind. Came along the roaring thunderstorm coupled with the pouring rain, swept away all that stands.

If it is strong.
The boat would calmly follow the rough tides, patiently piercing the bolt, and slowly riding the vastly current. In the end, it will, slowly but surely drifted to a destination where the boat itself don't have a clue.

If it is weak.
The boat will lost its way, bit by bit damaged by the current, ripped apart from its original state, and might as well sunk to the depth of the ocean. Of course, arriving to a destination would be impossible.

The boat? It's the Life. You don't and won't know what will happen to you next. So, live your life and as the boat itself to survive, be strong.

Related Posts with Thumbnails