Assalamualaikum. dan selamat sejahtera kepada pelawat bukan Islam.
Fuh. sudah hampir tiga tahun blog ini menyepi. diam seribu bahasa. tiada khabar berita. tiga tahun. pelbagai perkara telah berlalu. pelbagai kisah sudah tercatat di dalam diari hidup aku.
Kisah perit, suka, duka, manis, pahit terlakar, hari demi hari, berlalu, membina sebuah kitab pengalaman hidup. Pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman memberi kita pengajaran, agar kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan hari mendatang.
Tiga tahun. walaupun tempoh tiga tahun itu agak lama, tetapi, ianya berlalu bagaikan sekelip mata. Aku yang sekarang, bukan lagi seperti aku yang tiga tahun dahulu. Sudah banyak perubahan berlaku terhadap diriku, dan sekelilingku. err.. perut aku masih sama seperti tigan tahun lepas. tetap tidak kehadapan seperti kebanyakan rakan rakan sebayaku yang lain.
Aku sudah berumah tangga. Alhamdullillah. dikurniakan seorang cahaya mata. perempuan. Nur Damia Humayraa binti Mohamad Ikhwan. binti Mohamad Ikhwan. bagai mimpi. sudah wujud seorang hamba Allah, yang mudah mudahan membesar menjadi seorang wanita solehah, dan taat, berbintikan diriku. InsyaAllah. aku dan isteriku, yang saban hari cuba mencurahkan kasih sayang kami kepadanya, akan sedaya upaya kami untuk membimbingnya sebaik mungkin, minima kekhilafan sebaik mungkin. InsyaAllah.
Aku gembira dengan perjalanan hidupku. walaupun berbatu, bersimpang siur, dan berlopak lopak, tetapi, itu semua ragam kehidupan. Entiti yang mewarnai kanvas putih dengan warna dan corak. walaupun ada sekelumit kejadian yang tidak diingini berlaku, tetapi, aku akur. Mungkin itu ketentuan-Nya.
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. perkara yang lepas, usah dikenang. perkara yang lepas, jadikan pengajaran. perkara yang lepas, buat tatapan generasi mendatang. Apa yang penting, sentiasa bergerak ke hadapan, menyusun strategi untuk mencorak hari hari esok dengan penuh warna kegembiraan, dan keharmonian, selagi boleh. selagi hayat dikandung badan.
Mengatur langkah ke hadapan, aku memohon seribu kemaafan atas segala kesilapan, kekhilafan yang tidak disengajakan. Semoga kita sama sama dapat menempuh hari yang cemerlang, yang tiba di setiap saat kita bernafas.
Wasalam.
10.09.2013
kembali menulis semula...entah sampai bila
0 kritikan membina diceritakan oleh Unknown pada 9.10.13
rujukan bicara, dunia, hidup, maaf, matang, muhasabah diri, pengalaman, tiga tahun
5.06.2010
secebis kata
Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.
Kini, pertunjukan itu telah berakhir dan aku terpaksa menyembunyikan apa yang telah terjadi kepada diriku,
Aku hanya mampu berharap yang aku akan berhenti ketawa!
Aku tersengih kerana jenaka yang mereka buat kali ini
Mereka tidak tahu.
Ketenangan menelanku.
(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Ku pejam mataku, dan sekali lagi keseronokan menjerut leherku
Air mata manis, kesakitan dan fantasi mengalir dari mataku
Oh, visi di dalam mindaku
Kekosongan jiwa akan menghantuimu
(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Kewarasan mula tergelincir dari tanganku
Aku berdiri di hujung sudut yang dilarang
Oh, kekesalan yang kurasakan
Adakah ia bermakna aku seorang pembunuh?
Aku bagaikan malaikat maut berdiri di belakangmu
Namun kau lupa nafas dinginku dihembus di lehermu
Adakah ia begitu senang?
Adakah aku terlalu bagus begini?
Akulah orang yang terpilih
Akulah penamat segalanya dan kini kau milikku!
Ketenangan menelanku.
Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.
Sekiranya kau benar dan mimpi ngeri ini berakhir, dan kita terjaga dari tidur sebelah menyebelah
Adakah kau rasa aku akan membenarkan kau hidup?
Aku benar - benar gila.
Lihatlah, aku adalah kehendak sang Malaikat Maut!
Pintalah belas kasihan sang malaikatmu itu!
Setelah kelegaan menyuci jiwaku, Ketenangan menelanku.
3.26.2010
Cita - Cita dan Keinginan
3.18.2010
Dunia yang kejam
Baru - baru ni, aku terdengar satu lagu yang agak unik. dan menarik. the lyrics is so damn-well-versed-in-high-level-english words, yet, sangat sedap dan melodic. betul. melodic habis.
Tajuk lagu tu, "Mother Nature And Father Man-Made" by The Venopian Solitude.
Band ni, just ada seorang sahaja ahli. Beliau mengelarkan dirinya Suiko Takahara. A Malay, and a female on top of that. Umur beliau, seperti yang di artikelkan dalam jomgig.com, baru nak mencecah 20 tahun.
Pada pendapatan aku, lagu ni, beliau ingin menceritakan berkenaan dengan alam semula jadi yang telah di "re-write" kan oleh manusia dengan pembangunan yang semakin pesat dan maju.
Aku tak pandai nak review lagu. So, apa kata korang dengar sendiri lagu tu kat jomgig.com .
apa - apa pun, kudos from me to her! :)
