
Aku hairan kenapa bila aku cuba untuk hidup dengan tenang, ada saja perkara - perkara yang selalu membuatkan hidup aku berserabut. Aku tak faham kenapa perlu dijolok lagi sarang tebuan yang kita sudah tahu pecah. Acap kali, kedengaran suara sumbang yang konon - kononnya tidak mahu mengendahkan lagi tentang kehidupan aku. Apa yang dikatakan langsung tidak sama dengan apa yang dilakukan olehnya.
Aku mengaku, aku bukan seorang yang sempurna. Aku banyak melakukan kesilapan sebelum ini. Tapi, aku cuba untuk terus memperbaiki kesilapan aku. Kesilapan aku, aku mengaku seikhlas hati. Tetapi, kenapa susah untuk anda mengakui kesilapan anda. Bukan untuk menuduh sebarangan. Tetapi, sekadar ingin melihat keikhlasan hati anda. Mengaku untuk tidak mahu mengendahkan lagi tentangnya, tapi, perilaku dan percakapan, seringkali mengulang dan menceritakan tentang perkara - perkara itu. Dan, sanggup untuk menggunakkan medium lain untuk mengintai perkembangan aku, dan hidup aku. Sangat tidak tersangka apabila mendapat tahu anda mempunyai keinginan untuk berbuat sedemikian. Sedikit geli hati mengetahuinya. Untuk apa? Tuhan saja yang tahu motif anda. :)
Dan, Come on lah. Tak perlu lah melontarkan kata - kata yang mungkin anda rasa mampu menyakitkan hati. Aku cuba untuk hidup dengan tenang dan tidak sedikit pun mahu mengganggu hidup anda. Masih tidak cukup lagi kah buat anda?
Mungkin bagi anda, aku tidak matang. Tapi, matang sangat kah anda bila masih seronok mulut anda mengulangi tentang perkara - perkara itu?
Kenangan, memori, yang tidak perlu, ingin aku buangkan perlahan - lahan dari hidup aku. Harap anda dapat berbuat begitu. Jika anda begitu membenci aku, dan hidup aku, buangkan lah saja kenangan - kenangan itu. Dan tak perlu lah lagi mahu melaungkan kata - kata perlian yang mungkin sudah menjadi salah satu hobi bagi anda.
Aku tidak mahu mencari permusuhan dengan siapa - siapa. Cuma ingin meneruskan hidup aku yang sudah cukup penuh dengan pancaroba secara tenang dan aman. noktah.
:)
8.17.2010
tanda noktah!
5.06.2010
secebis kata
Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.
Kini, pertunjukan itu telah berakhir dan aku terpaksa menyembunyikan apa yang telah terjadi kepada diriku,
Aku hanya mampu berharap yang aku akan berhenti ketawa!
Aku tersengih kerana jenaka yang mereka buat kali ini
Mereka tidak tahu.
Ketenangan menelanku.
(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Ku pejam mataku, dan sekali lagi keseronokan menjerut leherku
Air mata manis, kesakitan dan fantasi mengalir dari mataku
Oh, visi di dalam mindaku
Kekosongan jiwa akan menghantuimu
(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Kewarasan mula tergelincir dari tanganku
Aku berdiri di hujung sudut yang dilarang
Oh, kekesalan yang kurasakan
Adakah ia bermakna aku seorang pembunuh?
Aku bagaikan malaikat maut berdiri di belakangmu
Namun kau lupa nafas dinginku dihembus di lehermu
Adakah ia begitu senang?
Adakah aku terlalu bagus begini?
Akulah orang yang terpilih
Akulah penamat segalanya dan kini kau milikku!
Ketenangan menelanku.
Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.
Sekiranya kau benar dan mimpi ngeri ini berakhir, dan kita terjaga dari tidur sebelah menyebelah
Adakah kau rasa aku akan membenarkan kau hidup?
Aku benar - benar gila.
Lihatlah, aku adalah kehendak sang Malaikat Maut!
Pintalah belas kasihan sang malaikatmu itu!
Setelah kelegaan menyuci jiwaku, Ketenangan menelanku.
10.15.2009
kisah.emmmmmmmmm~
ish. sejuk lak econ ofis ni.cam ngantok je aku.hmmmmmmm.tata~ :)
0 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 15.10.09
5.07.2009
kisah.bosan. lagi?
pada tanggal tujuh haribulan mei dua ribu sembilan, jam empat empat puluh tiga minit petang, aku dengan berbesar hatinya ingin mengepostkan di sini bahawa
"AKU BOSAAAAAAAAANNNNNN!!!".
sekian. ;)
3 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 7.5.09
rujukan bosan
kisah.bosan
haih. hari ni, aku amat bosan berada di ofis. hanya aku, n 2 lagi girls collegues. Kerja xla banyak sangat, tapi, disebabkan oleh habitat semula jadi aku yang amaaaaaaaaaaatttttttt "rajin", aku rajinkan diri aku untuk tidak membuat kerja lagi.
Seraya dengan itu, aku mula membuat design untuk crew shirt gig abg shaf (collegues from HQ). Tengah buat design tu, dapat email from boss aku. yeah. dapat kerja baru. Jadi aku tangguhkan la hasrat aku untuk mendesign shirt tu dan terus menjadi komited terhadap kerjaya aku~ hoho.
Tengah wat, aku bosan balik~~ aish2~
jadi aku pergi ke whiteboard dalam ofis aku, capai sekuntum marker pen berwarna biru, dan mula melakar hasil karyaku di situ~
lihatlah dunia!~ hasil ku yang amat memberangsangkan hati ku!~ ah! "a day to remember"
time kecik2, sonok dok main kan? da besar, kena kerja la, kena itu, kena ini, semakin kita tua, semakin besar tanggungjawab kita. kan? siapa setuju, angkat jari kaki kiri!~~ hohohoho! ;)
5 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 7.5.09
rujukan bosan