Showing posts with label sepi. Show all posts
Showing posts with label sepi. Show all posts

5.06.2010

secebis kata

Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.

Kini, pertunjukan itu telah berakhir dan aku terpaksa menyembunyikan apa yang telah terjadi kepada diriku,
Aku hanya mampu berharap yang aku akan berhenti ketawa!
Aku tersengih kerana jenaka yang mereka buat kali ini
Mereka tidak tahu.

Ketenangan menelanku.

(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Ku pejam mataku, dan sekali lagi keseronokan menjerut leherku
Air mata manis, kesakitan dan fantasi mengalir dari mataku
Oh, visi di dalam mindaku
Kekosongan jiwa akan menghantuimu

(Aku tenggelam dalam refleksi kesakitan diriku sendiri)
Kewarasan mula tergelincir dari tanganku
Aku berdiri di hujung sudut yang dilarang
Oh, kekesalan yang kurasakan
Adakah ia bermakna aku seorang pembunuh?

Aku bagaikan malaikat maut berdiri di belakangmu
Namun kau lupa nafas dinginku dihembus di lehermu
Adakah ia begitu senang?
Adakah aku terlalu bagus begini?
Akulah orang yang terpilih
Akulah penamat segalanya dan kini kau milikku!

Ketenangan menelanku.

Aku terpandang matamu yang terlukis di langit cerah hari ini,
Kau senyum padaku dan berkata, 'cinta seperti ini takkan pernah padam'.

Sekiranya kau benar dan mimpi ngeri ini berakhir, dan kita terjaga dari tidur sebelah menyebelah
Adakah kau rasa aku akan membenarkan kau hidup?
Aku benar - benar gila.

Lihatlah, aku adalah kehendak sang Malaikat Maut!
Pintalah belas kasihan sang malaikatmu itu!

Setelah kelegaan menyuci jiwaku, Ketenangan menelanku.

5.05.2010

serabut.sedih.


bangun pagi tadi, aku rasa semak sangat otak ni. rasa sedih.serabut. tapi, aku tak pasti sebab apa. mungkin sebab lately, macam - macam kot yang terjadi kat diri aku. nak berubah jadi raksasa planet pluto.dalam proses transformasi.

*sigh*

entahlah. aku sendiri tak paham. hati kurang tenteram. otak berserabut. mood? hmmph. tolak tepi lah. mungkin hati aku sedih. sedih sebab rasa macam kehilangan sesuatu. tapi. mungkin ada hikmah. mungkin tak. entahlah. mungkin salah aku. tak pernah nak mencuba untuk memperbaiki apa yang aku miliki selama ni. aku cuma mampu memiliki. tetapi, tak pandai menjaga.kot?

*sigh* *sigh*

sejak dua tiga hari ni aku sangat kuat menyedut nikotin tak guna tu. judin ada menegur mulut aku sentiasa berasap dengan asap maut itu. "Smoking is a sign of weakness". kata - kata seorang CEO syarikat Advertising yang agak terkenal di Madison Avenue, dalam sebuah siri Drama "Mad Men" yang aku dipinjamkan oleh boss aku untuk aku belajar bagaimana cara untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. kot? hmm. mungkin sebab aku terpengaruh dengan cerita itu yang selang 30 saat akan terlihat orang merokok di dalam drama itu, tak kira lelaki atau perempuan. mungkin sebab otak aku lemah, dan perlu bantuan sokongan dari nikotin celaka itu.

*urgh!*

mulut cakap nak berhenti merokok, tapi, diri ini tidak kuat untuk menolak ajakan syaitan untuk menyedut pelbagai cecair kimia terkandung dalam sebatang balutan tembakau kering itu. tidak kuat. bererti lemah. hmm. aku lemah. mungkin. lemah untuk menerima sesuatu yang bukan seperti apa yang aku harapkan. hidup ni kena sentiasa berlandaskan realiti beb. jangan asyik bergelumang dengan rakan - rakan fantasi yang sentiasa mengajak aku ke dunia imiginasiku.
stop!

aku cuba untuk melakukan yang terbaik untuk diriku, dan orang di sekelilingku. tapi, mungkin aku tidak cukup bagus. mungkin aku lemah. entahlah. minggu ini berlalu begitu lambat bagi diriku. keinginan untuk menyiapkan kerja, kosong. aku minta maaf rakan sekerjaku yang lain. mungkin aku perlu berehat untuk seketika. tetapi, jika aku fikirkan dari satu sudut yang lain, bercuti untuk sementara hanya boleh dikatakan sebagai mencari alasan singkat untuk lari dari kenyataan. ada benarnya untuk bercuti. rehatkan minda. agar jelas berfikir kelak.

*ah*

aku nak balik kampung jugak minggu ni. tenangkan minda. rindu kampung halaman. hadiahkan adik perempuan kecilku topi santa claus yang beliau minta akibat terpengaruh dengan cerita - cerita kartun krismas tahun lepas. Kali terakhir aku pulang ke kampung, adalah ketika cuti raya aidil adha tahun lepas. itu pun aku tak pasti, aku balik atau tidak. aku kena balik kampung.

siapa - siapa nak ikut? mungkin boleh dijamu oleh ibu kesayangan ku akan kerabu epal ciptaan beliau. jom? :)

3.18.2010

encik sempurna


hmm. aku rasa, selama aku hidup di muka bumi ni, aku sentiasa dihantui oleh hati yang menginginkan kesempurnaan di dalam hidup aku. Aku sentiasa ditegur untuk melakukan sesuatu berlandaskan dengan arahan - arahan yang aku rasa, kadang kala, aku terpaksa melakukannya tanpa kerelaan hati aku.

Aku mengerti.

Semua itu untuk kebaikan aku. Semua itu untuk masa depan aku. Semua itu adalah untuk menjamin kehidupan aku nanti. Semua itu....

HIPOKRIT!! HYPROCRITE!! HYPOCRISY!!

Mereka seronok. mereka gembira. bila. aku mendengar arahan - arahan yang diperintahkan oleh mereka kepada aku, yang mereka gelarkan nasihat. betul. itu memang nasihat.

Aku tak salahkan mereka. aku jua punya otak yang mampu berfikir. mampu menilai segala apa yang ada di dunia ini.

"Kenapa hidup kita perlu dibelenggu oleh perintah - perintah itu?"

Neuron Cerebrum ku sentiasa bergerak mentafsirkan soalan ini. Apakah aku tidak boleh hidup bebas, melakukan apa yang diingini, bercakap tentang perkara yang disukai, bergerak mengutip cebisan perjalanan yang digelar pengalaman?

Aku tidak faham. kenapa hidupku perlu disekat oleh arahan - arahan itu? hidupku, dikawal oleh mereka kah? adakah aku berhutang jiwa kepada mereka?

Mereka? siapa mereka? mereka adalah sekumpulan sel - sel yang ligat bergerak di dalam tubuh seorang insan.

hmm. adakah aku perlu meneruskan permainan hipokrasi ini, atau, hidup sebagai seorang yang merdeka dari sifat ini?

ah! otak ku sekarang dipenuhi dengan pelbagai soalan. *urgh!*

adakah aku telah menjadi seorang yang sempurna di matanya? aku rasa tidak. dan tidak akan. mungkin.

7.19.2009

kisah.sepi~


fuh!~


suda lama agak aku menyepi dalam penaipan blog aku ini~ maaplah kawan2, sbb lama xupdate~ aku agak sebok kebelakangan ini~ atas dasar kerja~ maap ya~ :)

hmm. ketika aku sebok sejak dua menjak ini, banyak benda yang terlintas di benakku ini, dan, bukan sahaja ia terlintas, malah, ia berlegar2 di ruang mindaku ini. tatkala kita sebok dibuai oleh kebendaan dunia yang hanyalah sementara ini, banyak benda yang mungkin kita terlepas pandang. Dan, kadang2, benda yang kita terlepas pandang itu, berada hanya di sebelah kita, menyepi, sunyi, tanpa sebarang kesedaran oleh hati kecil kita ini yang semakin tenggelam dalam arus dunia yang semakin maju, dan beredar dengan begitu cepat. Apakah ianya hanyalah ilusi hati, ataupun kesedaran diri yang begitu kecil terbina dalam jiwa raga kita yang kian berkecamuk dengan pelbagai ragam dan karenah manusia di sekeliling kita? hmmm. Tepuk dada, tanyala selera.

Mungkin korang semua tertanya2, amendelah yang aku mencarut2 ni. hmm.... aku pun xtau nak jawab mcm mana. semua ini, hanyalah luahan hati kerdilku, yang ingin menyampaikan sesuatu, yang aku sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.

Begitu banyak yang telah berlaku di sekeliling ku sepanjang penyepian aku dalam blog ni. berbagai perkara terjadi, yang aku sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berkait dengan diri aku. mungkin ini satu petunjuk dari Yang Maha Esa, agar aku jadikannya teladan hidup, dan bersyukur dengan apa yang diberikanNya kepada hambanya yang kerdil ini.

Aku bersyukur. bersyukur atas segala kesihatan, kebahagiaan, dan kehidupan yang diAnugerahkan olehNya. Manusia. Lumrah Manusia. tidak pernah bersyukur dengan apa yang dianugerahkan olehnya. Bak kata Karam Singh Walia, "Suda bagi betis, nak peha". begitulah yang terjadi kepada semua orang. Tidak terkecuali kepada diriku sendiri. Sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi, aku sedar. semua ini hanyalah sementara. Aku bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang. Walaupun aku tidak hidup semewah yang aku inginkan, tidak mempunyai apa yang orang lain ada, tetapi, aku dianugerahkan mereka2 yang setia kepadaku. Aku amat bersyukur atas kurniaan yang tidak ternilai harganya.

Terima Kasih kawan2ku. Walaupun mata tidak bertemu, jasad berada di mana2 sahaja, namun kalian tetap berada di hatiku~ Tidak sekalipun aku akan melupai kalian2 yang telah banyak memberi dorongan dan pedoman dalam aku menempuhi ranjau kehidupan yang sentiasa penuh dengan cabang duri~

Sekian, wa caya sama lu~ :)

Related Posts with Thumbnails