Baru - baru ni, aku terdengar satu lagu yang agak unik. dan menarik. the lyrics is so damn-well-versed-in-high-level-english words, yet, sangat sedap dan melodic. betul. melodic habis.
Tajuk lagu tu, "Mother Nature And Father Man-Made" by The Venopian Solitude.
Band ni, just ada seorang sahaja ahli. Beliau mengelarkan dirinya Suiko Takahara. A Malay, and a female on top of that. Umur beliau, seperti yang di artikelkan dalam jomgig.com, baru nak mencecah 20 tahun.
Pada pendapatan aku, lagu ni, beliau ingin menceritakan berkenaan dengan alam semula jadi yang telah di "re-write" kan oleh manusia dengan pembangunan yang semakin pesat dan maju.
Aku tak pandai nak review lagu. So, apa kata korang dengar sendiri lagu tu kat jomgig.com .
apa - apa pun, kudos from me to her! :)
3.18.2010
Dunia yang kejam
encik sempurna

hmm. aku rasa, selama aku hidup di muka bumi ni, aku sentiasa dihantui oleh hati yang menginginkan kesempurnaan di dalam hidup aku. Aku sentiasa ditegur untuk melakukan sesuatu berlandaskan dengan arahan - arahan yang aku rasa, kadang kala, aku terpaksa melakukannya tanpa kerelaan hati aku.
Aku mengerti.
Semua itu untuk kebaikan aku. Semua itu untuk masa depan aku. Semua itu adalah untuk menjamin kehidupan aku nanti. Semua itu....
HIPOKRIT!! HYPROCRITE!! HYPOCRISY!!
Mereka seronok. mereka gembira. bila. aku mendengar arahan - arahan yang diperintahkan oleh mereka kepada aku, yang mereka gelarkan nasihat. betul. itu memang nasihat.
Aku tak salahkan mereka. aku jua punya otak yang mampu berfikir. mampu menilai segala apa yang ada di dunia ini.
"Kenapa hidup kita perlu dibelenggu oleh perintah - perintah itu?"
Neuron Cerebrum ku sentiasa bergerak mentafsirkan soalan ini. Apakah aku tidak boleh hidup bebas, melakukan apa yang diingini, bercakap tentang perkara yang disukai, bergerak mengutip cebisan perjalanan yang digelar pengalaman?
Aku tidak faham. kenapa hidupku perlu disekat oleh arahan - arahan itu? hidupku, dikawal oleh mereka kah? adakah aku berhutang jiwa kepada mereka?
Mereka? siapa mereka? mereka adalah sekumpulan sel - sel yang ligat bergerak di dalam tubuh seorang insan.
hmm. adakah aku perlu meneruskan permainan hipokrasi ini, atau, hidup sebagai seorang yang merdeka dari sifat ini?
ah! otak ku sekarang dipenuhi dengan pelbagai soalan. *urgh!*
adakah aku telah menjadi seorang yang sempurna di matanya? aku rasa tidak. dan tidak akan. mungkin.
2.11.2010
al-fatihah
baru - baru ni, sorang collegue aku dapat emergency call. Atuk beliau meninggal dunia. Waktu tu, Kitorang 3 orang, aku, abg azwan, n beliau terpaksa stay back sebab nak siapkan kerja. Around 11pm beliau terima panggilan kecemasan tu.
2 kritikan membina diceritakan oleh Unknown pada 11.2.10
rujukan kecemasan, penghormatan terakhir, sedih
2.03.2010
Cara terpantas untuk menyelesaikan masalah streamyx!

Korang semua mesti semak otak kan, tengah main internet, comment2 kat facebook, main Restaurant City, tiba2, internet xde. Peh! panas je kan? Abes lari customer aku kat Restaurant City tu.
Jadi, cara seterusnya, mesti korang akan betulkan balik network cable tu, restart modem, cabut dan cucuk balik cable tepon tu. Pastu? kalau internet korang ok balik, syukran lah. :)
Tapi, kalau internet korang still kejung gak, macam mana nak buat? Mesti korang akan call streamyx hotline gak sebab nak maki2 call services dorang kan? haaa.
Tetapi. Nak tunggu dorang jawab call korang, dah berkarung2 dosa dah korang wat sebab maki timem tunggu dorang nak jawab call korang. Pastu, bila dorang jawab, korang nak kena tunggu dorang mengarut2 suruh kita betulkan cable la, padahal, kita dah wat benda tu 78 kali da pon.
hmmm. jadi, cara terpantas yang aku boleh syorkan korang la kan, teros amek kunci keta, gerak ke Telekom atau TMpoint yang terdekat.
Kenapa perlu ke tempat tu teros?
- korang xpayah nak menunggu/ call berkali kali sebelum dorang jawab korang.
- dorang cuak bila korang datang dengan muka marah korang, report pasal benda tu.
- dorang mesti confirm, mmg internet rumah korang problem, sbb tu korang terpaksa susah payah pergi ke TMpoint tu.
- korang boleh tengok muka dorang.
- korang tau nama dorang. Kalau awek/mamat cun/kacak, boleh korang mntak no tepon skali. :)
Kalau korang g report sendiri, benda tu akan settle lebih laju dari korang menunggu untuk dijawab, tunggu analisis dorang, pastu, tindakan dorang. kadang2, sampai 2-3 hari pon belum tentu boleh dapat.
Masa Operasi
- Isnin - Jumaat: 8:45am - 4:30pm
- Sabtu: 8:45am - 12:30pm (kecuali Sabtu 1st week dan 3rd week)
p.s: kalau korang xnak g TMpoint tu gak, korang bole call number ni, 1300 88 9515. jgn lupa save dalam phone korang tau. :)
0 kritikan membina diceritakan oleh Unknown pada 3.2.10
rujukan cara terpantas, masalah, streamyx, teknologi