Pagi ini, tepat jam 9.50 a.m, seorang penghantar bungkusan dari abc express, datang~

Pagi ini, tepat jam 9.50 a.m, seorang penghantar bungkusan dari abc express, datang~
7 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 3.6.09
rujukan gempar
tarikh: 28 mei 2009
masa: 1.34 pm
tempat: meja seorang pengarang bahasa german
ikhwan: "hello abg namran, asal? makan doh?"
inche namran: "wan, turun cepat!! ade eksiden kat bawah ofis wan ni!! cepat2!!"
ikhwan: "HAHHH!???!?!!! katne? xnampak pon. jap2 nak turun!" (sambil berlari turun)
TING!! (lif berbuyi dan terbuka)
inche namran: "ade budok kene langgor ngan kete depan cengkih nuu! deras2"
ikhwan: "ye dok?? wane buleh kene? Ya Allah!! Siannyaaaaaa. isk isk"
Tuupp Taappp Tappp Tap Tap Tap (langkah di atur semakin deras ke tempat kejadian)
Aku pon sampai kat tempat kejadian. Ya Allah!! kesian gila aku tengok. budak kecil, perempuan, dalam lingkungan umur, 3-4 tahun, terbujur kaku, terbaring di kaki jalan, berlumuran darah di bahagian kepala, memenuhi baju merah jambunya. Sambil, seorang perempuan cina, lingkungan umur 27 -30 tahun memeluk anak kecil itu, menangis, meratapi pemergian anaknya sambil ditenangkan oleh suaminya.
Aku mendekati lagi tempat kejadian itu, ingin melihat dan mengetahui dengan lebih dekat lagi apa sebenarnya yang telah terjadi.
perempuan A : "Ya Allah. Kesiannya.. Cmane boleh jadi camni?"
perempuan B: "Tah lah. aku dengar orang cakap, dia reverse kete dia, then, terlanggar anak dia kat blakang. isk isk"
aku beralih ke tempat yang lebih rapat lagi. raungan si ibu semakin kuat, meratap anak kecilnya yang sudah pucat, kaku terbaring itu sambil memeluk anak kecilnya seolah2 ingin meyedarkan kembali anaknya yang sedang tidur buat selama2nya itu.
aku sayu. sayu melihat keadaan mereka yang amat menyayat hati itu. terdengar lagi beberapa orang berkata di belakang.
perempuan C: "ade sape2 call ambulans belum?"
lelaki A: "dah call dah. abg bomba tu dah call kot tadi."
sejurus selepas itu, aku mengundurkan diri, berlalu dari tempat kejadian itu, dengan hati yang amat sedih dan sayu, kembali ke pejabatku untuk menyambung semula kerjaku.
tarikh: 28 mei 2009
masa: 8.35 pm
tempat: Restoran Tomyam Jees
sedang aku berborak dengan rakan serumahku, bob, mataku tertangkap sekilas gambaran di kaca tv yang tertulis "TERSILAP".
terdengar pembaca berita TV3 itu memberitakan tentang satu kejadian yang berlaku di Desa Sri Hartamas, kawasan tempat ku berkerja.
"Seorang kanak2 berusia .....(aku kurang dengar akibat bising)... meninggal dunia di tempat kejadian setelah dilanggar dengan kereta dari belakang oleh ibunya. Menurut ibunya, beliau tersilap memasukkan gear dan terlanggar anaknya yang berada di belakang kereta bersama ayahnya."(laporan berita tu xla sebijik camni, tapi, isinya lebih kurang camni laa).
2 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 28.5.09
rujukan sedih
aku dapat satu cerita ni dari email. mungkin ada yang pernah baca da cerita ni. tapi, mungkin ada yang maseh belom. aku cuma nak share la cerita ni. buat pedoman kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata, atau pon bercita2 untuk mempunyai anak nanti. aku sedih sangat bila baa cerita ni. jadi, layankannn~~ zaasssss~~
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'
'Saya tak tahu Tuan..! '
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh... cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedih.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
renung2kan, dan selamat beramal~~ ;)
2 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 27.5.09
huwarghhh!!~~~ sonoknya tido~ jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 7.25pm. lama betol aku tido~ kenapa aku tido lama sgt?
2 kritikan membina diceritakan oleh leychaysuxx pada 26.5.09