3.18.2010

encik sempurna


hmm. aku rasa, selama aku hidup di muka bumi ni, aku sentiasa dihantui oleh hati yang menginginkan kesempurnaan di dalam hidup aku. Aku sentiasa ditegur untuk melakukan sesuatu berlandaskan dengan arahan - arahan yang aku rasa, kadang kala, aku terpaksa melakukannya tanpa kerelaan hati aku.

Aku mengerti.

Semua itu untuk kebaikan aku. Semua itu untuk masa depan aku. Semua itu adalah untuk menjamin kehidupan aku nanti. Semua itu....

HIPOKRIT!! HYPROCRITE!! HYPOCRISY!!

Mereka seronok. mereka gembira. bila. aku mendengar arahan - arahan yang diperintahkan oleh mereka kepada aku, yang mereka gelarkan nasihat. betul. itu memang nasihat.

Aku tak salahkan mereka. aku jua punya otak yang mampu berfikir. mampu menilai segala apa yang ada di dunia ini.

"Kenapa hidup kita perlu dibelenggu oleh perintah - perintah itu?"

Neuron Cerebrum ku sentiasa bergerak mentafsirkan soalan ini. Apakah aku tidak boleh hidup bebas, melakukan apa yang diingini, bercakap tentang perkara yang disukai, bergerak mengutip cebisan perjalanan yang digelar pengalaman?

Aku tidak faham. kenapa hidupku perlu disekat oleh arahan - arahan itu? hidupku, dikawal oleh mereka kah? adakah aku berhutang jiwa kepada mereka?

Mereka? siapa mereka? mereka adalah sekumpulan sel - sel yang ligat bergerak di dalam tubuh seorang insan.

hmm. adakah aku perlu meneruskan permainan hipokrasi ini, atau, hidup sebagai seorang yang merdeka dari sifat ini?

ah! otak ku sekarang dipenuhi dengan pelbagai soalan. *urgh!*

adakah aku telah menjadi seorang yang sempurna di matanya? aku rasa tidak. dan tidak akan. mungkin.

3 kritikan membina:

farwalis said...

uiks. bahya hang nih.. undur diri wehhhh..

kang ang jadi gila sapa nak bawak aku jalan penang lagi?

Innocent gal said...

aku setuju!!!
kenapa selalu diperintah??mereka x reti buat sdri ke??
tp inilah kejadian yg ditetapkan :P

Unknown said...

farwalis: hehe. x gila lagi stakat ni. ;)

yatiey: mereka bukan xreti wat sendiri. tetapi, mereka mahu aku mengikut kata mereka. kepuasan hatinya mungkin. :)

Related Posts with Thumbnails