8.17.2010

tanda noktah!


Aku hairan kenapa bila aku cuba untuk hidup dengan tenang, ada saja perkara - perkara yang selalu membuatkan hidup aku berserabut. Aku tak faham kenapa perlu dijolok lagi sarang tebuan yang kita sudah tahu pecah. Acap kali, kedengaran suara sumbang yang konon - kononnya tidak mahu mengendahkan lagi tentang kehidupan aku. Apa yang dikatakan langsung tidak sama dengan apa yang dilakukan olehnya.

Aku mengaku, aku bukan seorang yang sempurna. Aku banyak melakukan kesilapan sebelum ini. Tapi, aku cuba untuk terus memperbaiki kesilapan aku. Kesilapan aku, aku mengaku seikhlas hati. Tetapi, kenapa susah untuk anda mengakui kesilapan anda. Bukan untuk menuduh sebarangan. Tetapi, sekadar ingin melihat keikhlasan hati anda. Mengaku untuk tidak mahu mengendahkan lagi tentangnya, tapi, perilaku dan percakapan, seringkali mengulang dan menceritakan tentang perkara - perkara itu. Dan, sanggup untuk menggunakkan medium lain untuk mengintai perkembangan aku, dan hidup aku. Sangat tidak tersangka apabila mendapat tahu anda mempunyai keinginan untuk berbuat sedemikian. Sedikit geli hati mengetahuinya. Untuk apa? Tuhan saja yang tahu motif anda. :)

Dan, Come on lah. Tak perlu lah melontarkan kata - kata yang mungkin anda rasa mampu menyakitkan hati. Aku cuba untuk hidup dengan tenang dan tidak sedikit pun mahu mengganggu hidup anda. Masih tidak cukup lagi kah buat anda?

Mungkin bagi anda, aku tidak matang. Tapi, matang sangat kah anda bila masih seronok mulut anda mengulangi tentang perkara - perkara itu?

Kenangan, memori, yang tidak perlu, ingin aku buangkan perlahan - lahan dari hidup aku. Harap anda dapat berbuat begitu. Jika anda begitu membenci aku, dan hidup aku, buangkan lah saja kenangan - kenangan itu. Dan tak perlu lah lagi mahu melaungkan kata - kata perlian yang mungkin sudah menjadi salah satu hobi bagi anda.

Aku tidak mahu mencari permusuhan dengan siapa - siapa. Cuma ingin meneruskan hidup aku yang sudah cukup penuh dengan pancaroba secara tenang dan aman. noktah.

:)

2 kritikan membina:

farwalis said...

huhaa! biarkan jelah weh.. biasalah tu mulut cakap lain tapi buat lain.

biarkan. makin dilayan sakit dihati.

baidewei, aku suka rambut kaler-kaler kau. macam sakai ada, macam gampang pun ada.

leychaysuxx said...

hoho~
tu baru rambut separa siap caki~
nnt nk letak kaler putih lak~ :)

Related Posts with Thumbnails