5.12.2009

kisah.hidup

kenapakah kita perlu hidup?
apakah tujuan sebenar kita hidup di dunia?
adakah kita mencapai matlamat sebenar hidup kita?


hmm. soalan2 ni, aku selalu tujukan kat diri aku sendiri. apa matlamat aku sebenarnya? adakah aku mempunyai sesuatu yang amat aku inginkan kat dunia ni? bagaimanakah cara untuk aku capai matlamat aku? adakah aku benar2 mempunyai matlamat yang betul2 aku ingin capai?

Kadang2, aku terfikir, aku hidup ni, adakah sekadar menjadi seorang pewaris zuriat kepada orang tua ku? mengapakah aku perlu belajar untuk berjalan sendiri, berlari sendiri, mengayuh basikal, menunggang motorsikal, memandu kereta...dan, apa lagi seterusnya? mengapakah aku perlu belajar mengenal A,B,C sewaktu di sekolah rendah? mengapakah aku perlu menduduki peperiksaan yang sama diambil oleh semua pelajar2 SPM? mengapakah aku perlu melanjutkan pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi? A lot of wise men told us, knowledge is the greatest weapon in life. apa maksud orang bijaksana itu?

Adakah semua yang telah aku lalui dalam hidup aku ni, menjadi contoh teladan untuk diriku dalam mengharungi kehidupan mendatang? atau hanya sekadar menjadi asam garam kehidupan? adakah semua yang aku tempuhi sebelum ni, akan membentuk satu matlamat untuk hidupku? mengapakah kedua2 orang tuaku meletakkan harapan yang tinggi agar aku berjaya dalam hidupku? atau, itu telah menjadi adat kita, apabila kita mempunyai anak, kita perlu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak2 kita?

Bergunakah aku? bermatlamatkah aku? adakah aku dibenci? adakah aku disukai?

Kadang2 aku terfikir, adakah aku dibenci oleh orang2 di sekelilingku? tetapi, mindaku, benakku, dengan pantas memberi jawapan, mungkin tidak. tetapi, adakah itu hanyalah untuk menyedapkan hatiku? ataupun, ia memberikan jawapan itu berdasarkan pengalaman hidupku selama ini? aku tak tahu. tiada jawapan yang boleh memuaskan hatiku. Terkadang aku terfikir, apakah sebenarnya yang aku inginkan? adakah kereta mewah? rumah sebesar istana? isteri yang cantik? pulau yang terpencil? dunia untuk diriku sendiri agar aku dapat hidup tenang dan selesa di sana?

Apakah yang aku perlu lakukan untuk aku mencapai semua itu? adakah aku memerlukan semua itu? apakah sebenarnya perkara yang boleh mencetuskan mindaku untuk menuju ke arah yang aku mahukan? Kemudian, fikiranku akan kembali ke soalan pertama. apa yang aku mahukan sebenarnya?

Aku masih lagi mencari diriku. aku bukan Tuhan yang dapat melaksanakan apa sahaja yang aku mahukan. aku bukan seorang ahli psikologi yang dapat membaca isi hati orang2 sekelilingku. aku bukan kucing yang kelihatan gembira apabila dibelai2 oleh tuannya. aku bukan seketul batu yang hanya duduk menanti kiamat. Siapakah diriku yang sebenarnya? aku masih mencari2 jawapan itu.

aku hanyalah sepasang kasut.

;)

6 kritikan membina:

farwalis said...

go ikhwan go ikhwan..

ko kasut jenama ape?

aku harap ko kasut nike:sala..

leh aku pakai men futsal..

leychaysuxx said...

hurmm.

aku masih lagi mencari2 apakah jenis kasut aku ini~

sekian.~

JujahMadzlan said...

ngengs caki..hmm..Tuhan nk tgk ciptaan dia mampu tak tempuh segala ujian dari Dia..so,nikmatilah idup yg ada..sebaiknya..sebetulnya..jgn nyimpang2 wan..heee..btw,sgt best ayat2 yg disusun..

"adakah aku dibenci oleh orang2 di sekelilingku?"

tak..aku x benci kamo..aku sayang min! =)

leychaysuxx said...

hehe~
terimas~
akanku coba untuk menikmati hidup di dunia ini selagi nyawa dikandung badan~
;)

Namran Hussin said...

adui.. ape weapon2 nih.. sensitip tau.. hahahaaa.

5 minit pusing cari..
mane button nk komen nie?

adeihai...

leychaysuxx said...

hahaha~
knape pusing2?
tekan button comment~
;)

Related Posts with Thumbnails