3.26.2010

Cita - Cita dan Keinginan


dalam fikiran aku, bermacam macam perkara yang ingin ku lakukan. tapi, kadang - kadang, oleh beberapa faktor yang agak banyak untuk aku nyatakan di sini, keinginan tu, terpaksa aku pendamkan.

hmm... eh. lupa nak bagi salam. Assalamualaikum. :)

sejak dari kecil lagi, aku ingin menjadi seorang model (bukan main lagi cita - cita, tapi, persetankan lah. aku punya impian kan, apa korang kisah. :D). Aku seronok melihat gambar - gambar di majalah - majalah yang mempamerkan jejaka - jejaka tampan dan perempuan - perempuan cantik mengayakan pelbagai jenis jenama, baju, seluar, kasut dan sebagainya. Aku berfikir sendiri, membayangkan aku di kala remaja dewasa megayakan jenama - jenama tersebut dengan lagak gaya yang boleh mencairkan gadis -gadis serata dunia. tapi, itu hanya impian, dan keinginan. *sigh*

waktu aku di sekolah rendah, aku pernah menjadi ketua pengawas. (wah! bukan calang - calang tau. :) ). sewaktu aku memegang jawatan sekolah rendah tu, aku pernah mengidamkan jawatan yang lebih tinggi ketika aku menjadi dewasa kelak. Aku mengidamkan aku menjadi ketua kepada, mungkin seribu, atau lebih, anak buah dan pengikut - pengikut aku. Mereka mempunyai dasar kesetiaan yang tinggi dan sanggup melakukan apa yang aku perintahkan. Aku mempunyai empayar ku sendiri, yang terbina di atas satu pulau milikku. tapi, itu hanyalah sekadar impian aku. *sigh*

kini aku telah dewasa. Aku telah mempunyai kerjayaku. Aku berpuas hati dengan kerjayaku sekarang. Aku mampu mencari nafkah ku sendiri. walaupun terpaksa meminjam dari sesetengah kawan - kawan aku ketika aku kehabisan wang. terima kasih ya kepada mereka - mereka. anda tahu siapa anda. ;)

Tatkala aku bersendirian, aku berfikir kembali. Masih bolehkah aku mencapai cita - cita dan keinginan aku yang diimpikan dahulu? hmm. aku pun tak tahu. adakah aku masih ingin mengejar cita - cita lama? atau terus dengan karier aku sekarang?

Apa aku pada waktu ini? (tajuk lagu siren)

siapalah aku?

aku hanyalah sepasang kasut. :)

4 kritikan membina:

farwalis said...

nak jadi abang long leh jugak weh..

ramai tu ikut sanggup pergi fisabilillah.. kakakakka

Unknown said...

[farwalis:]
haha~
itu punya ketua, aku kurang minat sikit lah~ ;)

Jay said...

comelnye kau~

Unknown said...

[jay:]
kan? hummm~ :)

Related Posts with Thumbnails