5.28.2009

kisah.menyayat.hati

tarikh: 28 mei 2009
masa: 1.34 pm
tempat: meja seorang pengarang bahasa german

ikhwan: "hello abg namran, asal? makan doh?"
inche namran: "wan, turun cepat!! ade eksiden kat bawah ofis wan ni!! cepat2!!"
ikhwan: "HAHHH!???!?!!! katne? xnampak pon. jap2 nak turun!" (sambil berlari turun)

TING!! (lif berbuyi dan terbuka)

inche namran: "ade budok kene langgor ngan kete depan cengkih nuu! deras2"
ikhwan: "ye dok?? wane buleh kene? Ya Allah!! Siannyaaaaaa. isk isk"

Tuupp Taappp Tappp Tap Tap Tap (langkah di atur semakin deras ke tempat kejadian)

Aku pon sampai kat tempat kejadian. Ya Allah!! kesian gila aku tengok. budak kecil, perempuan, dalam lingkungan umur, 3-4 tahun, terbujur kaku, terbaring di kaki jalan, berlumuran darah di bahagian kepala, memenuhi baju merah jambunya. Sambil, seorang perempuan cina, lingkungan umur 27 -30 tahun memeluk anak kecil itu, menangis, meratapi pemergian anaknya sambil ditenangkan oleh suaminya.

Aku mendekati lagi tempat kejadian itu, ingin melihat dan mengetahui dengan lebih dekat lagi apa sebenarnya yang telah terjadi.

perempuan A : "Ya Allah. Kesiannya.. Cmane boleh jadi camni?"
perempuan B: "Tah lah. aku dengar orang cakap, dia reverse kete dia, then, terlanggar anak dia kat blakang. isk isk"

aku beralih ke tempat yang lebih rapat lagi. raungan si ibu semakin kuat, meratap anak kecilnya yang sudah pucat, kaku terbaring itu sambil memeluk anak kecilnya seolah2 ingin meyedarkan kembali anaknya yang sedang tidur buat selama2nya itu.

aku sayu. sayu melihat keadaan mereka yang amat menyayat hati itu. terdengar lagi beberapa orang berkata di belakang.

perempuan C: "ade sape2 call ambulans belum?"
lelaki A: "dah call dah. abg bomba tu dah call kot tadi."

sejurus selepas itu, aku mengundurkan diri, berlalu dari tempat kejadian itu, dengan hati yang amat sedih dan sayu, kembali ke pejabatku untuk menyambung semula kerjaku.


tarikh: 28 mei 2009
masa: 8.35 pm
tempat: Restoran Tomyam Jees

sedang aku berborak dengan rakan serumahku, bob, mataku tertangkap sekilas gambaran di kaca tv yang tertulis "TERSILAP".

terdengar pembaca berita TV3 itu memberitakan tentang satu kejadian yang berlaku di Desa Sri Hartamas, kawasan tempat ku berkerja.

"Seorang kanak2 berusia .....(aku kurang dengar akibat bising)... meninggal dunia di tempat kejadian setelah dilanggar dengan kereta dari belakang oleh ibunya. Menurut ibunya, beliau tersilap memasukkan gear dan terlanggar anaknya yang berada di belakang kereta bersama ayahnya."
(laporan berita tu xla sebijik camni, tapi, isinya lebih kurang camni laa).


sekeping gambar, menceritakan segalanya.

2 kritikan membina:

JujahMadzlan said...

ish...kesiannya.....

leychaysuxx said...

kan?~
sebak gila time aku tengok tu~ isk~

Related Posts with Thumbnails