5.24.2009

kisah.kosong



jiwa aku kosong. hati aku kosong. diri aku kosong. kenapakah aku menjadi begini? adakah aku ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang gelap dan kosong?

semakin hari, aku terasa jiwa aku semakin kosong. segala apa yang berada di sekelilingku bagaikan ghaib satu per satu bagi diriku. mengapakah aku mempunyai perasaan begini? adakah ia adalah sesuatu perasaan yang menyeronokkan? adakah ia menyakitkan? apakah yang aku rasakan sekarang? kosong. aku bagaikan kehilangan sesuatu perasaan yang amat bernilai bagi diriku. apakah perasaan itu? aku x tahu. aku x pasti. aku buntu. mata hati ku tidak mampu mencari jalan penyelesaian yang jiwaku inginkan. Mengapakah ianya berlaku pada aku? kenapa aku menjadi sebegini kosong.

hidupku bagaikan diselubungi oleh kegelapan. kegelapan yang tiada kesudahan. mengapa? kenapa? bagaimana? bagaimanakah dapat aku hapuskan perasaan yang menghantui diriku ini? aku sendiri tidak pasti. adakah ia bagus untuk diriku? atau hanya memakan diri dan jiwaku saban hari?

Bagaimanakah perasaan ini wujud dalam hatiku? kenapa hatiku memberontak mencari jawapan bagi persoalan jiwaku ini? adakah kerana keadaaan persekitaran aku? apakah aku tidak mampu memuaskan hati mereka yang sentiasa berada di sekelilingku? apakah kewujudan aku sebenarnya? aku sendiri masih tertanya2 akan jawapan yang sebenarnya.

aku masih lagi kosong. hatiku, jiwaku, mindaku, tubuhku. kosong. dimanakah diriku yang sebenarnya? aku....hilang.

6 kritikan membina:

JujahMadzlan said...

ayat ayat yang terbaek :)

Anonymous said...

hilang.??

ke mna menghilang.?
adoyaii..
gi mna mau ketemu kamu.?
huhu.

leychaysuxx said...

techickechictechic~ -> mekaseh~ aku mmg baek~ ;)

souls -> hurm. aku hilang dalam kegelapan. u have taken my soul away, souls~ hoho~

farwalis said...

demn~

dengarlah Dewa - Kosong dalam gelap..best douh

Namran Hussin said...

Hmm.. sound familiar..
about the same post as mine .. few years back..

http://blog.namran.net/2007/01/17/intentionally-left-blank/

and.. at that time I created..

http://www.namran.net/blank


muahahhaha..

btw: i hate the background ground sound that is autostart.. so annoying..

leychaysuxx said...

farwalis: da xlarat nak dengar da. hehe. ;)

hawk: hoho~ it's sooo BLANK~! ;) if u don't like the sound, mute ur volume~ ;) ;)

Related Posts with Thumbnails